TUNDRA | Tumbuhan yang tumbuh di kawasan luas di bahagian utara hemisfera utara. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Flora dan Fauna |
PROVINSI UTARA | Provinsi Utara ialah provinsi yang paling utara di Afrika Selatan. Ia berkongsi sempadan negeri dengan Botswana, Zimbabwe, dan Mozambique, dan sempadan provinsi dengan North West, Gauteng, dan Mpumalanga. Provinsi ini diasaskan pada 27 April 1994 sebagai Transvaal Utara. Pada tahun 1995, namanya bertukar menjadi Provinsi Utara. Bandar dan pekan utama ialah Pietersburg, Seshego, Namakgale, dan Mahwelereng. | UMUM | |
KUTUB UTARA | Kutub Utara ialah istilah yang digunakan untuk titik permukaan tidak kelihatan yang terletak di rantau Artik. Istilah yang paling terkenal ialah kutub utara geografi. Walau bagaimanapun, Kutub Utara lain yang penting termasuk <I>kutub utara seketika, I> <I>kutub utara imbangan, kutub utara magnet, I>dan <I>kutub utara geomagnet. I> | UMUM | |
TELUK ISLANDS | Teluk Islands , terletak di pantai timur bahagian hujung sebelah utara Pulau Utara di New Zealand. Terdapat 149 pulau kecil di dalam teluk ini. Malah pulau yang terbesar antara pulau-pulau ini luasnya hanyalah 223 hektar. Kebanyakan pulau di sini merupakan milik persendirian. Yang lain merupakan kawasan simpanan Maori. Empat bandar utama ialah pelabuhan Opua, bandar lama Russell, bandar Paihia, dan pusat tanaman buah-buahan di Kerikeri. | UMUM | |
PTARMIGAN | Ptarmigan ialah nama sekumpulan burung yang menyerupa i grouse. Ptarmigan terdapat di bahagian utara Hemisfera Utara, seperti Alaska, Greenland , Iceland, Scotland, Scandinavia , dan Siberia . Ptarmigan juga terdapat di pergunungan di Eropah, di kawasan tinggi di Alps dan Pyrenees. Burung ini boleh dikenali daripada bulunya yang pendek pada kakinya. Bulu ini membantunya berjalan di atas salji tanpa terbenam. Pada musim sejuk, bulu ptarmigan berwarna putih dan burung ini bersembunyi dalam hanyutan salji untuk perlindungan. Pada musim luruh, ptarmigan berwarna kelabu di bahagian atasnya dan putih di bahagian bawahnya. Pada musim panas, bulunya berwarna perang kemerahan dan hitam. | UMUM | |
AMERIKA UTARA | Amerika Utara, benua ketiga terbesar di dunia selepas benua Asia dan Afrika. Ia menganjur dari Lautan Artik di utara ke Amerika Selatan di selatan. Amerika Utara mempunyai bilangan penduduk yang keempat teramai di dunia selepas Asia, Afrika, dan Eropah. | UMUM | |
TEH LABRADOR | Teh Labrador ialah nama bagi enam spesies tumbuhan malar hijau yang kecil dalam famili <i> heather i>. Ia tumbuh di kawasan bencah di Eropah Utara, di utara dan subartik Amerika Utara, dan Greenland. Daunnya mempunyai bahan narkotik yang tidak kuat dan digunakan sebagai teh dan sebagai ganti hop untuk membuat bir. Tanin, yang digunakan untuk menyamak kulit haiwan, juga datangnya daripada daun ini. Pengelasan saintifik. Teh Labrador adalah anggota famili <i> heath, i> Ericaceae. Ia tergolong dalam genus <i> Ledum. i> Lihat juga Bunga (gambar: Bunga di hutan jarang dan hutan). | UMUM | |
DAKOTA UTARA | Dakota Utara (pend. 641 364) ialah negeri di wilayah barat-tengah Amerika Syarikat. Ia terletak di bahagian tengah benua Amerika Utara. | UMUM | |
TERJUNAN KUTUB UTARA 1998 | Terjunan Kutub Utara 1998 ialah ekspedisi yang diusahakan bagi membuktikan kemampuan Malaysia mencuba sesuatu yang mencabar dan berani bersaing dengan negara-negara maju dunia. Ekspedisi yang dinamakan ‘Ekspedisi Terjun Bebas Kutub Utara’ ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 29 Mac 1998. Ia diketuai oleh Rahim Dahalan atau dikenali sebagai ‘Rahim King’. | UMUM | |
PERTUBUHAN PERJANJIAN ATLANTIK UTARA | Pertubuhan perjanjian pertahanan militeri anjuran Amerika Syarikat untuk pertahanan bersama Eropah Barat dan Amerika Utara. Pasukan tentera yang dibentuk daripada negara-negara ahli memfokuskan operasi di rantau Eropah, Atlantik Utara sehingga ke perairan Mediterranean untuk mengimbangi kuasa Soviet. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |