ASSYRIA | Assyria, negara purba yang terletak di hulu sungai Tigris di Mesopotamia. Bahagian utaranya meliputi kawasan negara Iraq kini. Dalam banyak perkara tamadun Assyria menyerupai tamadun Babylonia lama yang terletak di selatannya. Lihat Iraq. | UMUM | |
TASIK TURKANA | Tasik Turkana ialah tasik yang panjang lagi sempit di kawasan tengah timur Afrika. Sebahagian besar tasik ini terletak di utara Kenya. Hujung di utaranya menganjur ke selatan Ethiopia. Untuk lokasi, lihat Kenya (peta). Tasik ini meliputi kawasan seluas 6405 kilometer persegi. | UMUM | |
ALABAMA | Alabama ialah negeri yang terletak di tenggara Amerika Syarikat. Birmingham ialah bandar raya terbesar Alabama dan menjadi pusat pembuatan besi dan keluli sejak tahun 1800-an. Kapas merupakan tanaman penting negeri ini, sementara di sebelah utaranya terdapat kawasan hutan yang luas. | UMUM | |
SAINT MARTIN | Saint Martin juga dikenali sebagai Sint Maarten dalam bahasa Belanda, ialah pulau di Laut Caribbean yang terletak di bahagian paling hujung Kepulauan Windward (lihat Kepulauan Windward ). Luas pulau ini lebih kurang 34 kilometer persegi. Bahagian utaranya, yang luasnya lebih daripada dua per tiga seluruh pulau ini, dikuasai oleh Perancis. Bahagian ini membentuk sebahagian daripada jabatan seberang laut Guadeloupe Perancis (lihat Guadeloupe ). Ibu wilayahnya ialah Marigot. Bahagian selatannya dikuasai oleh Belanda dan merupakan sebahagian kumpulan utara Antilles Belanda bahagian Kepulauan Windward (lihat Antilles Belanda; Kepulauan Windward ). Ibu wilayahnya ialah Philipsburg. | UMUM | |
MAKKAH AL-MUKARRAMAH, DAERAH | Makkah al-Mukarramah, Daerah ialah salah satu daripada 13 buah daerah Kerajaan Arab Saudi, yang di tetapkan sempadannya. Daerah Makkah terletak di pedalaman barat Arab Saudi, bersempadan dengan daerah Riyad di timurnya, daerah ‘Asir, al-Bahah dan Jazan di selatannya, daerah Madinah di utaranya dan Laut Merah di baratnya. Ia berada setinggi kira-kira 300 meter di atas permukaan laut. Pusat bandar bagi daerah Makkah al-Mukarramah ialah Makkah al- Mukarramah yang menyaksikan turunnya perutusan yang paling tinggi dan ayat-ayat al- Qur’an yang banyak daripada Allah SWT. Makkah al- Mukarramah juga ialah tempat kelahiran nabi dan rasul terakhir, iaitu Nabi Muhammad SAW. Ia merupakan bandar yang paling suci dan mulia di atas muka bumi. Ia juga pusat pentadbiran dan ketamadunan bagi daerah Makkah al-Mukarramah dan bandar yang paling banyak aktiviti, kemajuan dan pembangunan kerana ia merupakan tempat tumpuan puluhan juta umat Islam setiap tahun. | UMUM | |
PERANG TUJUH TAHUN | Perang Tujuh Tahun (1756–1763) melibatkan hampir setiap negara di Eropah dan merebak hingga ke Amerika dan India. Di Amerika, perang ini dikenali sebagai Perang India dan Perancis. Di Eropah , Prussia dan Austria berperang sesama sendiri untuk menguasai Jerman. Great Britain membantu Prussia dan Perancis pula membantu Austria . Britain berperang dengan Perancis untuk menguasai laut dan wilayah di Amerika Utara. Akibat Perang Tujuh Tahun tersebut, Perancis kehilangan empayar Amerika Utaranya kepada Britain . | UMUM | |
SETUL | SETUL, sebahagian daripada Kesultanan Kedah yang dikenal sebagai mukim Setul, dan terletak di Selatan Thailand. Di sebelah utaranya bersempadan dengan Trang, Phatalung dan Songkhla, manakala di selatannya bersempadan dengan Perlis dan kedah. Keluasan Setul dianggarkan 3086 km persegi. Setul juga pernah dikenal sebagai ‘Negeri Setul Mambang Segara’. Majoriti penduduknya orang Melayu yang bertutur dalam bahasa Melayu-Thai dan kebanyakannya beragama Islam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
TAMBRALINGA | TAMBRALINGA, kerajaan awal di utara Semenanjung Tanah Melayu. Ia terletak di pantai timur dan berpusat di kawasan Ligor (kini nakhon Si Thammarat). Di sebelah utaranya ialah Chaiya, di wilayah Surat Thani. Sejarah kemunculan Tambralinga kurang jelas. Nama `Tambralinga’ pertamanya terdapat pada batu bersurat bahasa Sanskrit yang dijumpai di Wat Sema Mu, Ligor. Batu bersurat ini menyebut seorang yang bernama Dharmaraja yang menggelarkan dirinya Raja Tambralinga (1230). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
KAMPUNG HULU | KAMPUNG HULU, kampung petempatan orang Melayu dan terletaknya Masjid Kampung Hulu. Kampung ini terletak di tengah-tengah bandar Melaka, terpisah dari Kampung Jawa dan Jalan Bunga Raya oleh Sungai Melaka. Kawasan kampung ini tidak luas iaitu dari Masjid Kampung Hulu hingga ke Dewan Hang Tuah. Sempadan di utaranya ialah Jalan Kubu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
PULAU MANHATTAN | Pulau Manhattan ialah pusat perdagangan, kewangan, penerbitan, dan kebudayaan New York City. Setiap hari berjuta-juta manusia berulang-alik untuk bekerja di pejabat, kilang, kedai dan teater. Manhattan mempunyai penduduk seramai 1 428 285 orang dan kawasan seluas 62 kilometer persegi, termasuk 31 kilometer persegi kawasan air pedalaman. Pulau ini membentuk borough (daerah) Manhattan, kawasan terkecil di antara lima borough New York . Sungai East ialah sempadan timurnya, sementara Hulu Teluk New York terletak di selatan, Sungai Hudson di barat, dan Sungai Harlem dan Spunyten Duyvil Creek di utaranya. Jambatan, feri, dan terowong menghubungkan pulau ini dengan borough lain dan New Jersey. | UMUM | |