| TIUB FALOPIO | Tiub Falopio , yang juga dinamakan salur ovum atau salur tiub uterus adalah satu daripada sepasang organ pembiakan perempuan tempat telur dari ovari lalu untuk ke uterus. Tiub Falopio ialah tempat telur disenyawakan oleh sperma lelaki. Lihat Pembiakan manusia (Sistem pembiakan manusia; gambar). | UMUM | |
| ENDOMETRIOSIS | Endometriosis ialah penyakit dalam sistem pembiakan wanita yang melibatkan gugusan sel dari lapisan uterus menyerang bahagian lain. | UMUM | |
| OVARI | Ovari ialah mana-mana satu daripada sepasang organ seks wanita yang menyimpan dan mengeluarkan telur. Ovari juga merembes estrogen dan progesteron , iaitu hormon seks wanita. Ovari manusia berbentuk bujur dan kira- kira sebesar walnut tanpa kulit. Satu ovari terletak di setiap sisi uterus, di pangkal abdomen. | UMUM | |