VAKUM | Suatu ruang kosong yang tidak mengandungi apa-apa di dalamnya. | FIZIK | Konsep |
PEMBERSIH VAKUM | | UMUM | |
TEKNOLOGI VAKUM | Tekanan atmosfera boleh diterangkan dalam beberapa unit seperti berat turus raksa (Hg) pada suatu unit luas keratan rentas dengan ketinggian 760 mm. | FIZIK | Proses/Tindak Balas |
TIUB CROOKES | Tiub Crookes ialah sejenis tiub vakum. Sir William Crookes, ahli fizik dan ahli kimia Inggeris, mencipta tiub itu pada tahun 1870-an sebagai sebahagian daripada kajiannya tentang sinar katod. Usahanya membawa kepada penemuan bahawa sinar ini terdiri daripada aliran elektron. Tiub Crookes mempunyai elektrod di setiap hujung atau berhampiran dengannya, dan tekanan udara yang rendah di dalamnya. Apabila arus elektrik yang kuat mengalir dari katod (elektrod negatif) ke anod (elektrod positif), bara muncul di hujung tiub yang bertentangan dengan katod. Crookes membuat kesimpulan bahawa sinar yang tidak kelihatan daripada katod menyebabkan bara tersebut. Untuk mengkaji sinaran, Crookes meletakkan objek kecil dalam laluan sinar, di dalam tiub itu. | UMUM | |
METER | Meter ialah unit asas panjang dalam sistem metrik Simbolnya ialah m. Satu meter bersamaan dengan 39.37 inci. Ahli sains mentakrif meter sebagai jarak perjalanan cahaya dalam vakum dalam 299 792 458 sesaat. Dari tahun 1960 hingga 1983, panjang meter ditakrif sebagai 1 650 763.73 panjang gelombang cahaya merah-jingga dari isotop kripton-86, yang diukur dalam vakum. Standard ukuran ini menggantikan bar meter platinum-iridium. Lihat juga Sentimeter. | UMUM | |
TERMOS | Termos ialah bekas penyimpan cecair panas atau sejuk untuk beberapa jam. Ia juga dikenali sebagai kelalang vakum atau kelalang Dewar . Botol termos mempunyai beberapa saiz, berbeza mengikut kapasiti, iaitu daripada 60 mililiter hingga 60 liter. Ia juga mempunyai pelbagai kegunaan. Termos lazimnya digunakan untuk membawa minuman seperti kopi, jus, susu, ataupun sup. Termos juga digunakan dalam kerja perubatan dan saintifik untuk menyimpan ubat-ubatan dan bahan kimia, memindahkan tisu dan organ dan untuk mengawet plasma darah. | UMUM | |
DE FOREST, LEE | De Forest, Lee (1873–1961) ialah pencipta Amerika yang mempelopori telegraf wayarles dan penyiaran radio. Dia memperoleh paten untuk lebih daripada 300 ciptaan. Dia mempatenkan tiub vakum yang dikenali sebagai triod atau audion, pada tahun 1907. Ciptaan ini dianggap sama penting dengan ciptaan radio itu sendiri (lihat Tiub vakum). | UMUM | |
SUSU SEJAT | Susu sejat ialah susu manis penuh yang kirakira 60 peratus airnya telah dikeluarkan. Susu sejat disediakan dengan memanaskan susu penuh pasteur homogen dalam tangki vakum untuk menyejatkan airnya. Susu ini kemudiannya ditinkan, dikedapkan dan serta-merta disteril dengan haba. Tidak seperti susu pekat, susu sejat tidak ditambah dengan gula untuk mengawetnya, tetapi vitamin D sering ditambah untuk pemakanan. John Meyenberg, pereka berbangsa Switzerland, menerima paten pada tahun 1884 kerana pertama kali berjaya mencipta kaedah memekatkan susu tanpa menambah gula. Lihat juga Susu. | UMUM | |
MOTOR ELEKTRIK | Motor elektrik ialah mesin yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal untuk melakukan kerja. Motor elektrik digunakan untuk menggerakkan pelbagai mesin dan jentera. Mesin basuh, penyaman udara dan pembersih vakum termasuk motor elektrik, begitu juga pengering rambut, mesin jahit dan penggerudi elektrik dan gergaji elektrik. Pelbagai jenis motor menggerakkan peralatan mesin, robot dan lain-lain kelengkapan untuk membolehkan kilang berjalan lancar. | UMUM | |
KUASA ELEKTRIK | Kuasa elektrik ialah penggunaan tenaga elektrik untuk melakukan kerja. Ia menerangi, memanaskan dan menyejukkan suhu rumah. Elektrik juga dapat membekalkan kuasa untuk set televisyen, peti sejuk, pembersih vakum dan banyak lagi alat rumah. Kuasa elektrik menggerakkan jentera di kilang. Eskalator, lif dan komputer, dan banyak lagi alat bagi kegunaan di kedai dan pejabat menggunakan kuasa elektrik. Elektrik memacu dan menggerakkan kereta api dan sistem pengangkutan bawah tanah. Di ladang, jentera elektrik melakukan kerja seperti mengepam air, memerah susu lembu dan mengeringkan rumput kering. | UMUM | |