Rip Van Winkle ialah salah satu watak yang
paling popular dalam kesusasteraan Amerika
Syarikat. Penulisnya, Washington Irving, menulis
cerpen terkenal “Rip Van Winkle” tentang watak
si tolol yang tidur selama 20 tahun. Cerita ini
pertama kali diterbitkan dalam koleksi Irving
berjudul The Sketch Book of Geoffrey Crayon,
Gent (1819–1820).
Nguyen Van Thieu (1923–2001), menjadi
presiden Vietnam Selatan pada tahun 1967, semasa
Perang Vietnam. Pada bulan April 1975 – di bawah
tekanan kuat penentang politik bukan Komunis –
Thieu meletakkan jawatan dalam percubaan untuk
menggalakkan perbincangan gencatan senjata
antara Komunis dengan kerajaan Vietnam Selatan.
Tetapi Perang Vietnam berakhir kira-kira seminggu
kemudian dengan pihak Komunis mengambil alih
Vietnam Selatan.
Mies van der Rohe, Ludwig (1886–1969) ialah
salah seorang daripada arkitek yang paling
berpengaruh pada tahun 1900. Dia menjadi
terkenal kerana kekemasan, reka bentuk
bangunan yang ringkas dibina daripada batu bata,
besi dan kaca. Falsafah dalam arkiteknya
kadangkala diringkaskan dengan frasa “kurang
tetapi lebih”.
Beethoven, Ludwig van (1770-1827), komposer yang terkemuka dalam sejarah muzik dunia.
TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK, novel karya HAMKA yang pernah disiarkan secara bersiri dalam majalah Pedoman Masyarakat pada tahun 1939. Tenggelamnya Kapal van der Wijck diterbitkan oleh M. Sjarkawi di Medan pada tahun 1939. novel ini telah diulang cetak pada tahun 1949. Cetakan ketiga (1951) hingga ketujuh novel ini dibuat di Jakarta oleh Balai Pustaka. Pada tahun 1976 hingga tahun 1986, novel ini telah diulang cetak sebanyak 10 kali oleh penerbit Bulan Bintang. Mulai tahun 1963, novel ini diterbitkan di Malaysia oleh Pustaka Antara, Kuala Lumpur.
Thanks for clicking. That felt good.