Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[var.nis] | ۏرنيس

Definisi : sj cat berminyak yg terdiri drpd campuran pelarut dan bahan perekat (digunakan utk memelihara dan mengilatkan perabot kayu dan rotan); bervarnis disalut, disapu, atau digilap dgn varnis: lantai yg ~; memvarnis menyapu varnis pd sesuatu: tukang kayu itu sedang ~ almari; pemvarnisan perbuatan (proses, kerja dsb) memvarnis: ~ perabot itu memerlukan ketelitian dan kemahiran utk memperoleh hasil kerja yg baik; pemvarnis 1. orang yg memvarnis; 2. sesuatu (alat) yg digunakan utk memvarnis: berus lembut ~ perabot. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[var.nis] | ۏرنيس

Definisi : cat minyak yg terdiri drpd pelarut dan bahan perekat (digunakan pd perabot dsb supaya berkilat dan tahan lama). memvarnis menyapukan varnis pd sesuatu: ~ meja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata varnis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYELEK

Syelek ialah cecair yang terbentuk daripada

kepingan resin yang dilarutkan dalam alkohol. Ia

digunakan sebagai varnis. Kepingan ini adalah

bentuk kering suatu bahan melekit yang

dinamakan resin lak (lihat Lak). Apabila syelek

disapu pada sesuatu permukaan, alkohol dalam

larutannya menyejat, meninggalkan kemasan yang

berkilat. Kepingan resin syelek berwarna kuning,

jingga, atau kemerahan, tetapi boleh dilunturkan

menjadi putih. Syelek juga digunakan dalam

pembuatan gula-gula, ubat, dakwat percetakan,

dalam bahan penebat, dan sebagai pengeras.

Lihat juga Lakuer; Resin; Varnis.

UMUM 
RESIN

Resin ialah salah satu kelas bahan semula jadi

yang digunakan untuk membuat varnis, ubat-ubatan,

sabun, cat dan kegunaan lain. Penggunaan

resin semula jadi sebahagian besarnya telah

digantikan dengan resin sintetik (lihat Resin,

Sintetik ). Resin semula jadi boleh dibahagikan

kepada tiga kumpulan utama: (1) resin yang

mengalir dari pokok apabila pokok itu dilukakan

atau dipotong; (2) resin yang diekstrak dari kayu

dengan menggunakan pelarut; dan (3) resin fosil

yang dijumpai terpelihara bersama dengan

tinggalan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sejenis

serangga skel yang dijumpai pada pokok acacia

juga mengeluarkan resin, dikenali sebagai lak .

UMUM 
MINYAK LINSID

Minyak linsid diperoleh daripada biji flaks. Ia

adalah sejenis minyak pengering – iaitu, ia

menyerap oksigen dari udara untuk membentuk

satu lapisan teguh yang tahan pecah, serpih, dan

tahan perubahan cuaca. Minyak linsid digunakan

terutamanya dalam dakwat percetakan, cat, varnis,

linoleum, dan lain-lain keluaran perindustrian. Di

samping itu, ia kadangkala digunakan sebagai

rawatan pelindung bagi konkrit.

UMUM 
NAFTA

Nafta ialah mana-mana cecair yang hanya terdiri

daripada atom hidrogen dan karbon yang mendidih

di bawah 200°C. Nafta yang diperoleh semasa

penapisan petroleum dicampurkan untuk membuat

petrol. Sesetengah jenis nafta digunakan untuk

melarutkan getah dan untuk mencairkan cat dan

varnis. Yang lain digunakan sebagai bahan

pembersih dan sebagai bahan dalam pembuatan

gas artifisial. Nafta boleh dihasilkan apabila tar batu

arang, iaitu bahan melekit yang dibuat daripada

batu arang lembut disuling. Nafta tar batu arang

digunakan sebagai bahan pelarut dan dalam

pembuatan rebin sintetik (artifisial). Nafta tulen

mudah meletup apabila terdedah kepada api.

UMUM 
MIR

Mir ialah damar harum yang diperah daripada

pokok-pokok tertentu dan pokok renek tertentu. Mir

yang dirujuk dalam Kitab Bible (Matt.2) terdapat di

timur laut Afrika dan Timur Tengah. Damarnya

diperah dan digunakan dalam gaharu, minyak wangi

dan ubat. Satu lagi spesies mir di Timur Tengah, mir

Mekah, adalah sumber salap Gilead. Pokok mir

Afrika menghasilkan damar gam yang sama, yang

dikenali sebagai bdelium dan digunakan untuk

membuat varnis dan ubat.

Pengelasan saintifik. Pokok yang menghasilkan mir

tergolong dalam genus Commiphora. Mir dalam Kitab

Bible ialah Commiphora abyssinica; salap Gilead diperoleh

daripada C. opobalsamum; mir Afrika ialah C. africana.

UMUM 
SERANGGA SISIK

Serangga sisik ialah satu daripada banyak

jenis serangga penghisap yang memakan

tumbuhan. Serangga sisik berkelompok pada

tumbuhan, menghisap jus melalui muncungnya

yang halus, bak tiub.

     Serangga sisik betina melakukan kebanyakan

kerosakan. Serangga sisik jantan dewasa hanya

hidup cukup lama untuk mensenyawakan telur

serangga betina. Kebanyakan jenis serangga betina

berbentuk bujur. Panjangnya dari satu milimeter

hingga 2.5 sentimeter, bergantung pada

spesiesnya. Serangga sisik mendapat namanya

daripada kulitnya yang melekit atau bersisik yang

meliputi badannya. Sesetengah jenis serangga

betina hampir tidak kelihatan seperti serangga

sama sekali. Ia tidak mempunyai mata, sesungut

dan kaki dan jarang bergerak.

Ahli sains mengetahui lebih daripada 2000 jenis

serangga sisik. Serangga sisik San Jose adalah yang

terkenal dan paling berbahaya. Ia memakan banyak

jenis pokok buah dan pokok renek. Ia pertama kali

dijumpai di Amerika Syarikat dekat San Jose,

California, kira-kira pada tahun 1870. Satu lagi

serangga sisik yang menyerang pokok buah, iaitu

serangga sisik kekapas, yang pada satu masa

mungkin memusnahkan semua jenis pokok sitrus

di California.

Sesetengah serangga sisik adalah berguna.

Syelek, iaitu varnis yang didapati berasal daripada

serangga sisik yang dinamakan serangga lak (lihat

Lak ). Cochineal, iaitu pewarna, didapati daripada

serangga sisik cochineal . Satu jenis serangga sisik

digunakan sebagai barang kemas. Serangga ini

diliputi cangkerang, yang dikenali sebagai mutiara

tanah .

Pengelasan saintifik. Serangga sisik adalah anggota

order Hemiptera .

UMUM 

Kembali ke atas