[vék.tor] | ۏيکتور
Definisi : (véktor) 1. (Bio) haiwan (mis serangga) yg mengandungi parasit berbahaya yg memindahkan parasit tersebut kpd organisma lain (manusia dsb) sehingga mengakibatkan jangkitan (penyakit) kpd organisma lain itu; 2. (Bio) serangga, unggas, angin, dll yg membawa debunga dr stamen ke stigma bunga; 3. (Mat) kuantiti yg dapat berubah (mis daya) yg mempunyai magnitud dan arah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[vék.tor] | ۏيکتور
Definisi : /véktor/ ist kuantiti yg dpt berubah, mempunyai magnitud dan arah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)