Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata venus


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANGKAP LALAT VENUS

Perangkap lalat Venus ialah tumbuhan yang

terdapat di satu kawasan kecil di kawasan pantai

Carolina Utara dan Carolina Selatan, Amerika

Syarikat. Ia juga dikenali sebagai Dionaea.

Tumbuhan ini memerangkap serangga dalam

daunnya, dan menghadamnya. Oleh kerana tabiat

ini, ia dikenali sebagai tumbuhan karnivor .

Perangkap lalat Venus tumbuh di rawa yang

tanahnya kurang oksigen. Serangga adalah ganti

nitrogen dalam diet tumbuhan ini. Ia tumbuh

subur di tempat yang lembap tetapi memerlukan

sinar matahari.

UMUM 
PSYCHE

Psyche ialah seorang puteri dalam mitos purba.

Dia begitu cantik sehingga orang berpaling

memujanya, dan bukannya Venus, dewi cinta.

Venus menjadi marah, lalu menghantar anak

lelakinya, Cupid (Cinta) untuk menghukumnya.

Walau bagaimanapun, Cupid jatuh cinta kepada

Psyche dan melarikannya ke istana dunia pari-

parinya yang diperbuat daripada emas dan batu

permata. Cupid mengunjungi Psyche hanya pada

malam hari sahaja dan memberitahunya bahawa

sekiranya dia melihat Cupid dalam cahaya, dia

terpaksa meninggalkan Psyche untuk selama-

lamanya. Tetapi Psyche, selalu digesa oleh saudara-

saudara perempuannya yang zalim, pada suatu

malam menyalakan lampu untuk melihat Cupid

semasa dia sedang tidur. Cupid terjaga dan

meninggalkan Psyche.

UMUM 
MILOS

Milos, atau Melos ialah pulau Yunani di Laut

Aegean. Ia terletak di pertengahan laluan antara

Athens dan Crete (lihat Greece [peta]). Milos terkenal

kerana di sini terletak patung dewi luar biasa Venus

yang ditemui pada tahun 1820. Patung ini dikenali

sebagai Aphrodite of Milos, atau Venus de Milo (lihat

Venus de Milo).

UMUM 
AFRODIT

Afrodit ialah dewi cinta dan kecantikan dalam

mitologi Yunani. Dewi orang Rome, Venus

mempunyai persamaan dengan Afrodit. Orang

Yunani percaya bahawa Afrodit mempunyai dua

ciri. Sebagai Afrodit Pandemos (Afrodit bagi semua

orang) ia menjadi penaung kepada cinta berahi.

Afrodit Urania (Afrodit Langit) mengilhami cinta

intelektual dan spiritual. Eros, dewa cinta, ialah

pasangannya dan menurut sesetengah mitos, Eros

ialah anaknya. Orang Yunani menyembah Afrodit

sebagai dewi kesuburan yang mewujudkan dan

mengekalkan kehidupan.

UMUM 

Kembali ke atas