Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ver.na.ku.lar] | ۏرناکولر

Definisi : (Lin) bkn penggunaan bahasa atau dialek yg dipertuturkan oleh sesuatu golongan atau kaum dlm masyarakat: sistem pendidikan ~; sekolah ~; bahasa ~ bahasa yg dipertuturkan oleh golongan atau kaum ter­tentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vernakular


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAKTAB MELAYU TELUK BELANGA

MAKTAB MELAYU TELUK BELANGA, maktab perguruan Melayu pertama bagi Negeri-Negeri Selat. Maktab ini ditubuhkan pada tahun 1878 di Teluk Belanga, Singapura. Penubuhan maktab ini bertujuan untuk melatih guru lelaki bagi sekolah-sekolah vernakular Melayu di Negeri-Negeri Selat sebagai kesan daripada perkembangan sekolah vernakular Melayu yang agak baik. Sebelum tertubuhnya maktab ini, satu usaha telah dibuat oleh Rev. Keasberry untuk melatih guru-guru bagi sekolah vernakular Melayu Singapura dengan peruntukan $2400 dari Negeri-Negeri Selat. Dia telah menggunakan rumahnya untuk dijadikan maktab tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
NATIVE SCHOOL NATIVE SCHOOL, sekolah latihan bagi anak-anak ketua anak negeri di Sabah. Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Julai 1915. Tujuan sekolah vernakular pemerintah Syarikat Berpiagam Borneo Utara yang pertama di Sabah ini ditubuhkan adalah untuk memberi pendidikan peringkat rendah, khusus kepada anak-anak ketua anak negeri yang bakal menjadi pentadbir dan penghubung antara pentadbir Syarikat Berpiagam Borneo Utara dengan peribumi.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MOHD. HAMDAN ABDULLAH, TUNMOHD. HAMDAN ABDULLAH, Tun (1922-1977), Yang Dipertua Negeri Sabah Keempat. Dia lahir pada 22 Februari 1922 di Kampung Labuaya, Tuaran, Sabah. Nama sebenarnya sebelum memeluk agama Islam ialah Indan Kari. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Vernakular di daerah Tuaran sehingga tamat Darjah Lima iaitu pencapaian tertinggi pada waktu itu (1935-1945).SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas