Burung ajuk-ajuk ialah burung Amerika yang terkenal kerana keupayaannya mengajuk bunyi burung-burung lain. Seorang ahli alamiah melaporkan bahawa seekor burung ajuk-ajuk di Carolina Selatan, Amerika Syarikat, mengajuk bunyi 32 jenis burung yang berbeza dalam masa 10 minit. Bunyi burung ajuk-ajuk sendiri adalah satu daripada bunyi burung yang paling versatile . Burung ajuk-ajuk hanya hidup di Amerika Utara, Amerika Tengah, dan Amerika Selatan. |