JOHN VI | | UMUM | |
MITHRIDATES VI | Mithridates VI (120 S.M.–63 S.M.) ialah raja Pontus, sebuah kawasan yang kini di Turki. Baginda merupakan salah seorang musuh Rom kerana menentang peluasan kerajaan Rom ke Asia Kecil. Baginda terlibat dalam tiga peperangan menentang Rom. Apabila sekutu Rom di tengah dan selatan Itali memberontak pada tahun 90 S.M., Mithridates mengusir orang Rom dari Asia Kecil. Baginda mengarahkan setiap orang Rom di Asia Kecil dibunuh. Kira-kira 80 000 orang dibunuh. | UMUM | |
EDWARD VI | Edward VI (1537–1553) ialah raja England dan Ireland dari tahun 1547 hingga kemangkatannya. | UMUM | |
ALEXANDER VI | Alexander VI (1431–1503), paus yang paling mementingkan duniawi antara paus zaman Renaissance. Dia dipilih menjadi paus pada tahun 1492 dan peranan yang dimainkan dan cita-citanya lebih kepada pemimpin sekular. | UMUM | |
SHREWSBURY SCHOOL | Shrewsbury School , diasaskan oleh Raja Edward VI pada tahun 1552 adalah antara sekolah awam yang terkenal di England. Sekolah ini terletak di luar bandar Shrewsbury. Selepas melalui kemerosotan pada tahun 1700-an, dua orang pengetuanya yang ulung telah mengembalikan reputasinya. Samuel Butler, yang berkhidmat dari tahun 1798 hingga tahun 1836, telah menaikkan kadar biasiswa. Benjamin Kennedy, pengetua dari tahun 1836 hingga tahun 1866, telah menambahkan pengajian moden dan menggalakkan minat dalam muzik dan sukan. | UMUM | |
PHILIP | Philip ialah nama bagi beberapa raja Perancis. Antara raja Philip yang penting ialah Philip II, Philip IV, dan Philip VI. | UMUM | |
PONTUS | Pontus ialah sebuah negara purba yang terletak di pantai selatan Laut Hitam, Asia Kecil. Negara ini mencapai zaman kegemilangannya di bawah pemerintahan Raja Mithridates VI (120?–63 S.M.). | UMUM | |
APONTE MARTINEZ, LUIS CARDINAL | Aponte Martinez, Luis Cardinal (1922– ), ketua biskop San Juan, menjadi orang Puerto Rico yang pertama menjadi kardinal Gereja Roman Katolik. Pope Paul VI melantiknya menjadi kardinal pada tahun 1973. Aponte Martinez lahir di Lajas, Puerto Rico dan telah ditahbiskan sebagai paderi pada tahun 1950. Pada tahun 1960, dia ditahbiskan sebagai biskop dan menjadi pembantu biskop di Ponce, Puerto Rico. Aponte Martinez diberi nama sempena dengan nama ketua biskop San Juan pada tahun 1964. | UMUM | |
ELIZABETH II | Elizabeth II (1926– ) ialah ratu United Kingdom dan ketua Negara-negara Komanwel. Baginda menjadi ratu pada usia 25 tahun selepas kemangkatan ayahandanya, George VI, pada 6 Februari 1952. | UMUM | |
PERSETUJUAN PRAGMATIK | Persetujuan pragmatik ialah sejenis dekri yang berkaitan dengan urusan gereja atau negeri yang di- keluarkan oleh raja-raja Eropah. Persetujuan pragmatik yang paling penting dikeluarkan secara peribadi oleh Maharaja Habsburg Charles VI pada tahun 1713, dan diisytiharkan kepada umum pada tahun 1724. Pada waktu itu, undang-undang Jerman memerlukan raja menurunkan harta bendanya kepada putera sulungnya. Charles adalah anggota keluarga Habsburg. Persetujuan pragmatiknya menyatakan bahawa pegangan keluarga boleh diwarisi oleh puterinya yang sulung, jika dia tidak mempunyai putera. Persetujuan itu juga menyatakan bahawa tanah Habsburg tidak boleh dipecah- pecahkan. | UMUM | |