TASIK VICTORIA | Tasik Victoria atau, dalam bahasa Bantu, Victoria Nyanza , merupakan tasik yang terbesar di Afrika dan tasik air tawar yang kedua terbesar di dunia. Luasnya 69 484 kilometer persegi, iaitu kecil sedikit daripada keluasan Tasik Superior. | UMUM | |
AIR TERJUN VICTORIA | Air Terjun Victoria ialah air terjun yang ditemui oleh penjelajah Inggeris, David Livingstone di selatan Afrika pada tahun 1855. David Livingstone menamakan air terjun itu sebagai penghormatan kepada Ratu Victoria. Air Terjun Victoria terletak di antara Zambia dengan Zimbabwe, kira-kira di pertengahan di antara muara dengan hulu Sungai Zambezi. | UMUM | |
VICTORIA INSTITUTION | VICTORIA INSTITUTION, sekolah menengah yang tertua di Kuala Lumpur. Victoria Institution atau Sekolah Menengah Victoria ditubuhkan hasil daripada kesedaran beberapa orang kenamaan seperti Yap Kwan Seng, Loke Yew dan Thamboosamy Pillay tentang perlunya pendidikan untuk anak-anak watan di negeri Selangor. Mereka telah mendesak W.H. Treacher, Residen British Selangor, agar lebihan wang kutipan sempena sambutan Jubli Emas Ratu Victoria pada tahun 1887 digunakan untuk tujuan tersebut. Cadangan mereka disambut baik oleh Sir Frank Swettenham, Residen Jeneral, tetapi wang kutipan berjumlah $3,188 itu tidak mencukupi. Derma kedua dilancarkan lalu berjaya mengumpul sebanyak $10,753 dan kerajaan Selangor pula memperuntukkan sebanyak $7,000. Sultan Abdul Samad turut menyumbang sebanyak $1,100. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SACKVILLE-WEST, VICTORIA MARY | Sackville-West, Victoria Mary (1892–1962) ialah penulis wanita Inggeris. Bukunya menggambarkan latar belakang keluarganya, daripada golongan bangsawan luar bandar. Dia sering dikenali sebagai Vita Sackville-West. Novelnya yang terkenal, The Edwardians (1930), menyelidik kehidupan kelas atasan orang Inggeris semasa pemerintahan Edward VII pada awal tahun 1900-an. Dengan berlatarbelakangkan kawasan luar bandar, buku tersebut cuba menggambarkan aspek sosial dan emosi pada masa tersebut. Dia juga menulis tentang kehidupan luar bandar dalam novel All Passion Spent (1931) dan The Dark Island (1934); dalam buku bukanfiksyen Country Notes (1939), English Country Houses (1941) dan In Your Garden (1951); dan dalam banyak puisi. Buku puisinya yang terkenal ialah The Land (1929). | UMUM | |
DE LOS ANGELES, VICTORIA | De los Angeles, Victoria (1923– ) ialah soprano lirik wanita Sepanyol yang mendapat perhatian antarabangsa sebagai seorang penyanyi opera, penyanyi resital dan penyanyi solo orkestra. | UMUM | |
SALE | Sale (pend. 13 853) ialah bandar di daerah Gippsland, Victoria, Australia. Untuk lokasi, lihat Victoria (peta politik). Sale terletak di Sungai Thomson, iaitu cabang Sungai La Trobe dan dikelilingi oleh daerah pertanian, padang ragut, ladang tenusu, dan pengairan. Industrinya meliputi kilang plastik dan syarikat perkhidmatan yang berkaitan dengan industri minyak luar pantai dan gas. | UMUM | |
MELBOURNE | Melbourne (pend. 3 022 157) ialah ibu negeri Victoria dan bandar raya kedua terbesar di Australia. Hampir 66 peratus jumlah penduduk Victoria dan hampir 17 peratus orang Australia tinggal di Melbourne. Seperti kebanyakan orang Australia, penduduk Melbourne lebih suka tinggal sebagai keluarga tunggal. Ini menyebabkan perkembangan bandar hampir seluas 1850 kilometer persegi. Greater Melbourne, bahagian statistik meliputi kawasan seluas 6100 kilometer persegi dan mempunyai jumlah penduduk melebihi tiga juta orang. Hanya 60 485 orang tinggal di kawasan kerajaan tempatan kecil di bandar raya Melbourne. | UMUM | |
TANJUNG TINGGI WILSON | Tanjung Tinggi Wilson ialah bahagian tanah besar Australia yang paling selatan. Ia terletak di bahagian selatan pantai Victoria. Untuk lokasi, lihat Victoria (peta politik). Tanjung Tinggi Wilson ialah sebahagian daripada semenanjung yang bergunung-ganang yang mempunyai beberapa puncak yang ketinggiannya melebihi 305 meter dari aras laut. Puncak-puncak ini termasuk Gunung Latrobe, Gunung Wilson, Gunung Oberon, Gunung Leonard, Gunung Boulder, Gunung Norgate, dan Gunung Hunter. | UMUM | |
ARNOLD, MATTHEW | Arnold, Matthew (1822–1888) ialah salah seorang pemimpin cendekiawan di England pada zaman Victoria. Dia seangkatan dengan Lord Tennyson, Robert Browning, dan Gerard Manley Hopkins antara penyair teragung pada zaman Victoria. Arnold juga seorang pengkritik kesusasteraan Inggeris yang paling penting pada zamannya. Dia seorang pengkritik sosial yang utama dan menulis karya yang penting tentang agama dan pendidikan. | UMUM | |
MELBOURNE, VISCOUNT | Melbourne, Viscount (1779–1848), William Lamb, ialah Perdana Menteri United Kingdom (UK) semasa Ratu Victoria menaiki takhta pada tahun 1837. Dia menjadi penasihat sulit ratu yang muda itu dan mengajarnya tentang politik British serta perlembagaan. Latihannya itu banyak menolong membentuk watak Victoria sebagai ratu. | UMUM | |