EDWARD VII | Edward VII (1841–1910), menjadi raja United Kingdom, Great Britain dan Ireland pada tahun 1901. | UMUM | |
SEKOLAH MENENGAH KING EDWARD VII | SEKOLAH MENENGAH KING EDWARD VII, Sekolah Menengah Kerajaan. Sejarah Sekolah Menengah King Edward VII bermula pada bulan Julai 1883 dengan penubuhan Central School. Sekolah ini terletak di bandar Taiping, Perak sebagai memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat kesan daripada perkembangan pesat perlombongan bijih timah terutama di kawasan Kemunting dan kawasan Kelian Pauh. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
ELEANOR OF AQUITAINE | Eleanor of Aquitaine (1122–1204) ialah permaisuri Raja Louis VII dari Perancis dan kemudiannya Raja Henry II dari England. | UMUM | |
OLAV V | Olav V (1903–1991) menjadi raja Norway pada tahun 1957 apabila ayahandanya, Raja Haakon VII, mangkat. Olav lahir di England, dan pergi ke Norway semasa berusia dua tahun. Baginda memasuki Norwegian War College dan Oxford University. Baginda sering berkhidmat sebagai pemangku raja semasa ayahanda baginda gering. Olav merupakan ketua tentera pertahanan Norway dalam Perang Dunia II (1939–1945). Permaisurinya, Puteri Martha dari Sweden, mangkat pada tahun 1954. | UMUM | |
SANDRINGHAM | Sandringham ialah estet luar bandar yang digunakan oleh keluarga diraja British. Letaknya di Norfolk, lebih kurang 11 kilometer di timur laut King’s Lynn. Estet ini diperoleh untuk Edward VII, yang pada waktu itu menjadi Putera Wales, pada tahun 1861. Rumah Sandringham siap dibina pada tahun 1870. Tamannya dimajukan dan diperbaik oleh George V dan Ratu Mary. Estet ini boleh dikunjungi oleh orang ramai sekiranya keluarga diraja tidak berada di sana. | UMUM | |
AYN | ‘AYN, kumpulan puisi keempat Kemala, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1983. Kumpulan ini memasukkan pengantar Profesor Dato’ Haji Shahnon Ahmad (vii-xx) tentang permasalahan dunia puisi dalam Islam. | SASTERA | Penerbitan |
SACKVILLE-WEST, VICTORIA MARY | Sackville-West, Victoria Mary (1892–1962) ialah penulis wanita Inggeris. Bukunya menggambarkan latar belakang keluarganya, daripada golongan bangsawan luar bandar. Dia sering dikenali sebagai Vita Sackville-West. Novelnya yang terkenal, The Edwardians (1930), menyelidik kehidupan kelas atasan orang Inggeris semasa pemerintahan Edward VII pada awal tahun 1900-an. Dengan berlatarbelakangkan kawasan luar bandar, buku tersebut cuba menggambarkan aspek sosial dan emosi pada masa tersebut. Dia juga menulis tentang kehidupan luar bandar dalam novel All Passion Spent (1931) dan The Dark Island (1934); dalam buku bukanfiksyen Country Notes (1939), English Country Houses (1941) dan In Your Garden (1951); dan dalam banyak puisi. Buku puisinya yang terkenal ialah The Land (1929). | UMUM | |
UNIVERSITI MALAYA | UNIVERSITI MALAYA, universiti yang pertama di Malaysia. Sejarah universiti ini bermula di Singapura dengan percantuman antara dua institusi pendidikan terkenal, Kolej King Edward VII (ditubuhkan pada tahun 1905) dan Kolej Raffles (ditubuhkan pada tahun 1927). Pada tahun 1959, sebuah kampus cawangan Universiti Malaya telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Universiti Malaya Kuala Lumpur telah diiktiraf sebagai sebuah universiti secara rasmi pada 1 Januari 1962. Naib Canselor Universiti Malaya yang pertama ialah Datuk Alexander Oppenheim diikuti oleh Profesor Diraja Ungku Aziz, Dr. Syed Hussein al-Attas, Profesor Datuk Mohd. Taib Osman dan Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi Ahmad. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
ISMAIL KHAN, TAN SRI | ISMAIL KHAN, Tan Sri (1905- ), anak Melayu pertama dilantik menjadi Hakim Besar Borneo. Dia lahir pada 18 Jun 1905 di Taiping Perak. Ayahnya bernama Ibrahim Khan dan ibunya Zainab binti Mahmudin. Dia menerima pendidikan awalnya di Sekolah Rendah King Edward VII dan meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah St. Georges, Taiping hingga bulan Januari 1923. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SYED ALWI SYED HASSAN, DATO' | SYED ALWI SYED HASSAN, Dato’ (1930-2008), penulis dan pengarah drama. Beliau lahir pada 29 Mac 1930 di Pondok Tanjung, Taiping, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pondok Tanjung, kemudian melanjutkan pelajarannya di Sekolah Inggeris King Edward VII, Taiping. Selepas itu, beliau berpindah ke Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Kangsar sehingga memperoleh Sijil Pelajaran Cambridge pada tahun 1950. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Kewartawanan dan Seni Teater (1953-1958) dari Universiti Minassota, Amerika Syarikat. Sumbangannya terhadap bidang teater, filem dan televisyen di Malaysia membolehkan Syed Alwi menerima Hadiah Pelajaran Tabung John D Rockeffeler III untuk mengkaji perkembangan teater dan filem semasa di Amerika Syarikat dari April hingga Jun 1980. | BUDAYA | Tokoh |