LEPUH SEJUK | Lepuh sejuk ialah gugusan lepuh kecil yang disebabkan oleh virus yang dinamakan virus herpes simpleks . Lepuh sejuk boleh berlaku di mana-mana sahaja pada badan. Walau bagaimanapun, kebanyakannya kelihatan pada muka, terutamanya pada mulut atau berhampiran mulut. Dalam banyak kes, ia terjadi apabila seseorang itu mendapat selesema atau demam. | UMUM | |
DEMAM KUNING | Demam kuning ialah penyakit virus yang dibawa oleh nyamuk tertentu. Virus ini merosakkan banyak tisu badan, khususnya hati dan ginjal. Akibat kerosakan ini, pembuangan air kencing berkurangan, hati tidak dapat berfungsi dengan baik dan pigmen hempedu kuning berkumpul dalam kulit. | UMUM | |
BAKTERIOFAJ | Virus yang menjangkiti bakteria dan lebih dikenali sebagai faj. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
MIKSOMATOSIS | Miksomatosis ialah virus penyakit yang telah diperkenalkan di Australia oleh CSIRO (Organanisasi Penyelidikan Saintifik dan Industri Komanwel) untuk mengawal bilangan arnab Eropah. | UMUM | |
RIKETSIA | Riketsia adalah mana-mana satu daripada sekumpulan mikroorganisma yang menyebabkan penyakit berjangkit tertentu pada manusia. Riketsia pernah dikelaskan sebagai virus tetapi kini dianggap sebagai sejenis khas bakteria. Ia berbeza daripada kebanyakan bakteria dengan dua cara. Ia lebih kecil, dan seperti virus, ia tidak boleh membiak di luar sel hidup. | UMUM | |
PNEUMONIA | Pneumonia ialah sejenis penyakit paru-paru disebabkan oleh inflamasi (keradangan). Hampir semua kes pneumonia berpunca dari jangkitan virus, bakteria, kulat atau lain-lain mikrob. Hanya sedikit sahaja kes yang disebabkan oleh reaksi alahan atau tersedut bahan kimia yang merengsa. Rencana ini akan membincangkan tentang pneumonia yang disebabkan oleh virus dan bakteria. | UMUM | |
AIDS | AIDS ialah peringkat akhir jangkitan yang mengancam nyawa akibat virus kurang daya tahan (HIV). AIDS ialah akronim bagi sindrom kurang daya tahan penyakit. Nama ini merujuk kepada hakikat bahawa HIV merosakkan dengan teruk sistem imun melawan penyakit pada pesakit. Kes AIDS pertama kali dikenal pasti pada tahun 1981 di Amerika Syarikat, tetapi penyelidik telah mengesan kes ini seawal tahun 1959. Berjuta-juta kes AIDS telah didiagnosis di seluruh dunia. | UMUM | |
POLIOMIELITIS | Poliomielitis juga dikenali sebagai polio ialah jangkitan yang serius disebabkan oleh virus. Penyakit ini kadangkala dikenali sebagai lumpuh infantil kerana ia boleh menyerang bayi atau kanak-kanak dan menyebabkan kelumpuhan. Pada masa dahulu, wabak polio biasa terjadi dan sangat ditakuti kerana penyakit ini menyebabkan ramai mangsanya lumpuh seumur hidup. Walau bagaimanapun, pada tahun 1950-an, vaksin melawan penyakit ini telah diperkenalkan. Sejak itu, polio hampir dibasmi di negara maju. | UMUM | |
MIELITIS | Mielitis ialah keradangan saraf tunjang atau sumsum tulang dan selalunya disebabkan oleh virus atau jangkitan lain. Poliomielitis ialah satu bentuk mielitis. Bentuk lain termasuk sklerosis berbilang dan penyakit anjing gila. Gejala penyakit mielitis selalunya termasuk sakit belakang dan lumpuh. | UMUM | |
SABIN, ALBERT BRUCE | Sabin, Albert Bruce (1906–1993), penyelidik perubatan Amerika, yang menghasilkan vaksin polio secara oral. Vaksin Sabin terdiri daripada virus yang telah dilemahkan yang menyebabkan polio. Ia melindungi badan daripada polio tanpa menyebabkan penyakit. | UMUM | |