Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vi.sa] | ۏيسا

Definisi : kebenaran yg berupa cap pengesahan rasmi pd pasport seseorang yg membolehkannya me­masuki atau melalui negara asing yg memberi­kan kebenaran itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[vi.sa] | ۏيسا

Definisi : 1 kebenaran utk keluar dr atau masuk ke sesebuah negara. 2 tandatangan yg menyatakan mengetahui atau menyetujui. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata visa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PASPORT

Pasport ialah dokumen perjalanan yang menjadi

pengenalan diri bagi pemegangnya sebagai

warganegara negara yang mengeluarkan dokumen

tersebut. Pasport juga meminta negara lain

memberikan laluan yang selamat dan segala

bantuan dan perlindungan undang-undang kepada

pemegangnya. Kadang-kadang pasport hendaklah

mempunyai visa (pengesahan rasmi) dari negara

yang hendak dikunjungi oleh seseorang sebelum

dia dibenarkan masuk ke negara tersebut (lihat

Visa).

UMUM 
AGENSI PELANCONGAN

Agensi pelancongan ialah perniagaan yang

membantu mengatur perjalanan dan percutian

orang ramai dengan menguruskan hal-hal yang

berkaitan dengan pemergian mereka. Agensi

pelancongan membuat tempahan bilik hotel dan

pengangkutan serta mengatur perjalanan untuk

melihat tempat-tempat yang menarik. Agensi ini

juga menawarkan panduan bagi pelanggannya

untuk memperoleh pasport dan visa yang

diperlukan untuk melancong ke luar negara.

Agensi pelancongan juga memberikan maklumat

tentang undang-undang dan peraturan sesebuah

negara kepada pelanggannya. Agensi ini

mengatur pelancongan untuk orang

perseorangan atau secara berkumpulan.

UMUM 

Kembali ke atas