VOKAL | bunyi bersuara, yang apabila dikeluarkan, menyebabkan udara keluar terus-menerus dari paru-paru menerusi rongga mulut. | BAHASA | Konsep |
KANTATA | Kantata ialah satu bentuk muzik vokal dramatik. Kantana boleh digubah daripada suara solo atau gabungan beberapa suara solo dan sebuah korus. | UMUM | |
DIFTONG | Diftong ialah bunyi yang dikeluarkan dengan menyebut dua vokal sebagai satu suku kata. Contoh dalam bahasa Inggeris ialah ou dalam out dan oi dalam oil. | UMUM | |
ELISI | Elisi, dalam puisi bermaksud menggugurkan atau menyebut dengan tidak jelas vokal atau suku kata perkataan bagi menghasilkan irama yang mantap. | UMUM | |
SENANDUNG | Senandung ialah gubahan muzik yang mengandungi kedua-dua bentuk instrumental dan vokal. Bentuk instrumental lebih penting dalam sejarah muzik. Ia mengandungi koleksi banyak pergerakan (bahagian) pendek yang digarap untuk kumpulan kecil alat petikan, alat tiupan atau kedua- duanya. Pergerakannya mungkin termasuk rentak mac dan minuet. Alatan senandung dibentuk sebegitu rupa pada akhir tahun 1700-an. | UMUM | |
MORLEY, THOMAS | Morley, Thomas (1557 atau 1558–1602) penggubah Inggeris pada zaman Renaissance yang sangat terkenal dengan gubahan vokal yang riang dan tanpa iringan dikenali sebagai madrigal (lihat Madrigal). | UMUM | |
PITMAN, SIR ISAAC | Pitman, Sir Isaac (1813–1897) ialah guru British yang mencipta trengkas fonetik, iaitu kaedah penulisan trengkas menggunakan 38 simbol yang mewakili bunyi huruf vokal dan konsonan. | UMUM | |
DIALEK MELAYU BERAU | DIALEK MELAYU BERAU, dialek yang dituturkan oleh lebih kurang 40 000 orang di Propinsi Kalimantan Timur, Indonesia. Dialek ini belum pernah diselidiki dengan wajar seperti kebanyakan dialek Melayu di Pulau Borneo. Maklumat dialek itu sangat penting untuk rekonstruksi bahasa Melayu purba serta untuk memahami jaringan dialek Melayu di Pulau Borneo. Seperti dalam beberapa dialek di Pulau Borneo, dalam dialek Melayu Berau (DMB) hanya terdapat tiga fonem vokal, iaitu i, a, u. Hal ini disebabkan rentensi vokal tinggi pada semua posisi. Jadi o dan e tidak wujud dalam DMB; lihat, umpamanya, ‘orang’ dan ‘olak’ tetap urang dan ulak serta ‘lebar’ dan ‘sentak’ tetap libar dan sintak. Namun, selain rentensi itu, sudah terjadi inovasi pula. Dalam DMB, bunyi purba * disatukan dengan *a; ertinya * (pepet) dan *a tidak dibezakan. Maka, melalui retensi terdapat hanya dua vokal tinggi (*i dan *u) serta melalui inovasi * hilang. Fonologi DMB sememangnya hanya berisikan tiga vokal. | BAHASA | Bahasa |
SKALD | Skald ialah perkataan dalam bahasa Iceland yang bermaksud penyair, yang merujuk kepada penyair Scandinavia pada Zaman Pertengahan. Dari tahun 900-an hingga tahun 1200-an, kebanyakan penyair istana di Scandinavia berasal dari Iceland. Kebanyakan puisi skald memuliakan pemimpin yang berkhidmat dengan skald. Banyak daripada puisi ini atau sebahagiannya dipelihara dalam sagas Iceland tahun 1100-an dan 1200-an. Puisi skald sangat kompleks bentuknya. Ia mempunyai pola aliterasi (persamaan rima dengan pengulangan bunyi yang pertama) yang terkawal dan konsonan (sejenis rima antara suku kata yang mengandungi vokal yang berbeza tetapi berakhir dengan konsonan yang sama). Puisi skald juga menggunakan sejenis metafora luasan yang disebut sebagai kenning. Lihat juga Edda; Saga. | UMUM | |
DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI | DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI, buku daftar ejaan setebal 198 halaman, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1988 yang memuatkan perkataan umum dan istilah bahasa Melayu dalam ejaan Rumi dengan padanan ejaan Jawi. Daftar ini bertujuan memenuhi kekurangan sumber rujukan dalam menyelesaikan beberapa masalah ketidakseragaman ejaan Jawi. Sistem ejaan Jawi yang berunsurkan sistem ejaan bahasa Arab yang menekankan huruf saksi (vokal): alif (), wau (), dan ya () telah mengalami perkembangan yang banyak. Antara sistem ejaan Jawi yang terkenal yang menjadi pedoman/panduan masyarakat ialah Sistem Ejaan P.Bm.P.B. Diraja, Sistem Ejaan Za’ba, Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan, dan Sistem Ejaan Dian. | BAHASA | Karya |