Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt 1. offer willingly, bersukarela utk + approp v: he ~ed to work over the weekend, dia bersukarela utk bekerja pd hujung minggu; 2. tell without being asked, memberikan: he did not dare to ~ an opinion, dia tdk berani memberikan pendapat; he ~d the information, dia memberikan maklumat itu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi bersukarela + approp v, approp v [sst] + /dgn, secara/ sukarela: many people ~ed for the army in the first month of the war, ramai orang yg masuk tentera secara sukarela dlm bulan pertama peperangan itu; the chairman asked for assistance but no one ~ed, pengerusi itu meminta bantuan tetapi tdk ada seorang pun yg bersukarela membantu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. one who does work willingly and without payment, sukarelawan: the Red Cross called for ~s to give blood, Pasukan Palang Merah merayu sukarelawan supaya mendermakan darah; 2. soldier who is not conscripted, askar sukarelawan: they fought as ~s during World War II, mereka berjuang sbg askar sukarelawan semasa Perang Dunia Ke-II; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj (of work) sukarela; (of army) sukarelawan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata volunteer


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PASUKAN SUKARELAWAN PERSEKUTUAN NEGERI-NEGERI MELAYU

PASUKAN SUKARELAWAN PERSEKUTUAN NEGERI-NEGERI MELAYU, pasukan tentera sukarelawan.  Pertumbuhan pasukan tentera sukarelawan bermula di Singapura dengan penubuhan Singapore Volunteer Corps pada tahun 1854.  Di Pulau Pinang, Penang Rifle Corps ditubuhkan pada tahun 1861 dan Malacca Company of The Singapore Volunteer Corps ditubuhkan di Melaka pada 25 Oktober 1901, di bawah perintah Kapten R.N. Bland.  Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, pasukan Malay States Volunteer Rifles (MSVR) ditubuhkan pada tahun 1902. Pasukan ini telah dilengkapi dengan dua laras Maxims Gun yang dihadiahkan oleh Dr. Loke Yew C.M.G.  Enakmen Sukarelawan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dikuatkuasakan pada tahun 1913, sekali gus menggantikan Enakmen 1910.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
TLDM

TLDM, pasukan bersenjata pertahanan laut yang bertanggunjawab mengawal peraiaran negara. TLDM ialah singkatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Sejarah TLDM bermula dengan tertubuhnya pasukan Straits Settlement Royal Naval Volunteer Reserve (SSRNVR) pada 27 April 1934 di Singapura. Setelah SSRNVR ditukar nama kepada Malayan Royal Naval Volunteer Reserve (MRNVR) pada awal tahun 1939, stu cawangna telah ditubuhkan di Pulau Pinang. Pada 1 September 1939, Perang Dunia Keuda diisytiharkan di Eropah. Ekoran daripada itu, pasukan MRNVR telah dikerah bertugas sepenuh masa mulai 4 September 1939.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PASUKAN SUKARELAWAN KELANTAN

PASUKAN SUKARELAWAN KELANTAN, pasukan tentera sukarelawan.  Pasukan Sukarelawan Kelantan (Kelantan Volunteer Force) ditubuhkan pada tahun 1914.  Pasukan ini bermula dengan dua kompeni Special Constables di Kelantan yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1914.  Kompeni Nombor 1 mengandungi lebih kurang 30 orang Eropah dan Kompeni Nombor 2 mengandungi lebih kurang 25 orang bangsa Asia. Keseluruhan kekuatan anggota ialah seramai 55 orang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
PASUKAN SUKARELAWAN KEDAH

PASUKAN SUKARELAWAN KEDAH, pasukan tentera sukarelawan.  Pasukan Sukarelawan Kedah (Kedah Volunteer Force) ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1933. Pasukan ini bermula dengan unit sukarelawan Kedah yang ditubuhkan pada 5 Ogos 1914.  Penubuhan unit ini tidak tertakluk di bawah mana-mana enakmen.  Kegiatan unit ini diselenggarakan oleh sebuah jawatan-kuasa yang terdiri daripada lima orang dan diketuai oleh seorang komandan. Jawatankuasa ini dilantik setiap tahun.  Unit sukarelawan Kedah bermula dengan 18 orang anggota dan tidak pernah melebihi 25 orang.  Mereka terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membeli uniform dan peluru. Latihan kawad untuk anggota unit ini di bawah kelolaan Pesuruhjaya Polis.  Mereka menggunakan senjata carbain polis dan senjata lama, LY. Arms.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
KOMPENI MELAYU

KOMPENI MELAYU, Infantri Sukarelawan Negeri-Negeri Selat. Sebelum pasukan ini ditubuhkan terdapat Singapore Volunteer Rifle Corps yang ditubuhkan pada tahun 1854. Anggotanya terdiri daripada orang Eropah sahaja.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
WATANIAHWATANIAH, pasukan sukarela.  Wataniah kini dikenal sebagai Askar Wataniah.  Pasukan ini telah wujud di Tanah Melayu sejak  tahun 1861 iaitu  dengan tertubuhnya Pasukan Penang Volunteers di Pulau Pinang.  Pasukan ke-2 Penang Volunteers ditubuhkan pada 29 Jun 1899. Di Melaka, Malacca Company Singapore Volunteer Corps ditubuhkan pada 25 Oktober 1901.  Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pula menubuhkan Malay States Volunteers Rifles (MSVR) pada tahun 1902. Sultan Ibrahim, Johor mengambil inisiatif  menubuhkan Johore Volunteers Forces bagi orang Melayu pada tahun 1905.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas