RINDERPEST | Rinderpest, juga dikenali sebagai wabak lembu, ialah penyakit yang akut, sangat berjangkit pada lembu dan anggota-anggota lain dalam famili ox. | UMUM | |
DEMAM BERULANG | Demam berulang ialah penyakit berjangkit yang berlaku terutamanya di kawasan tropika, yang sering menjadi wabak. Demam ini disebabkan oleh bakteria yang dinamakan spiroket. | UMUM | |
PINJAL | Pinjal ialah serangga kecil, tidak bersayap yang hidup pada mamalia dan burung, dan menghisap darah sebagai makanan. Pinjal adalah perosak yang berbahaya kerana ia boleh membawa kuman yang menyebabkan wabak dan tifus. Ia mendapat kuman penyakit apabila menggigit tikus dan lain-lain rodensia yang dijangkiti. Pinjal boleh merebakkan penyakit semasa ia menggigit haiwan lain. Lihat Tifus; Wabak bubonik. | UMUM | |
ASCLEPIUS | Asclepius ialah dewa penyembuhan orang Yunani. Orang Rom menamakannya Asclepius. Orang Yunani berdoa kepada Asclepius semasa diserang wabak dan semasa sakit. Anaknya yang paling terkenal ialah Hygeia, dewa kesihatan. Epidaurus di Geece ialah tempat khas untuk pengikutnya, iaitu para doktor pertama yang dikenali sebagai Asclepiad. Profesion perubatan menerima pakai lambang Asclepius, seekor ular yang melilit sebatang tongkat. | UMUM | |
PERAKUAN KESIHATAN | Perakuan kesihatan ialah sijil yang dikeluarkan dan ditandatangani oleh pihak berkuasa pelabuhan tertentu. Ia memperakukan keadaan kesihatan anak kapal dan penumpang, dan keadaan kebersihan kapal semasa ia hendak belayar. Kapal dikuarantin apabila ada wabak penyakit di atas kapal atau apabila pengasapan diperlukan (lihat Kuarantin). Apabila sesebuah kapal itu tiba di pelabuhan, ia akan dikuarantin sehingga praktik (izin untuk berkomunikasi) telah dibenarkan. Permit praktik percuma mengizinkan kapal untuk masuk tanpa sekatan kuarantin selanjutnya. Praktik sementara menunjukkan syarat yang membolehkan praktik percuma dikeluarkan. | UMUM | |
POLIOMIELITIS | Poliomielitis juga dikenali sebagai polio ialah jangkitan yang serius disebabkan oleh virus. Penyakit ini kadangkala dikenali sebagai lumpuh infantil kerana ia boleh menyerang bayi atau kanak-kanak dan menyebabkan kelumpuhan. Pada masa dahulu, wabak polio biasa terjadi dan sangat ditakuti kerana penyakit ini menyebabkan ramai mangsanya lumpuh seumur hidup. Walau bagaimanapun, pada tahun 1950-an, vaksin melawan penyakit ini telah diperkenalkan. Sejak itu, polio hampir dibasmi di negara maju. | UMUM | |
KUPU-KUPU GIPSI | Kupu-kupu gipsi ialah anggota famili kupu-kupu rumpun yang merosakkan pokok hutan dan pokok buah, terutamanya di Amerika Utara. Beluncas kupu-kupu gipsi memakan daun pokok daun lebar dan daun jejarum. Semasa berlaku wabak besar, beluncas ini boleh menggondolkan pokok. Penggondolan ini boleh mematikan pokok daun jejarum, dan pokok daun lebar mungkin mati akibat pokoknya gondol dalam beberapa tahun berturut-turut. Beluncas kupu-kupu gipsi memusnahkan terutamanya pokok oak. | UMUM | |
ARABANOO | Arabanoo ( ? –1789), orang Asli dari Port Jackson (Sydney Harbour), Australia, yang telah dipaksa oleh Arthur Phillip, gabenor New South Wales untuk menyertai petempatan British yang pertama di Sydney Cove. Dia telah dikurung di rumah Phillip dari Disember 1788 sehingga dia meninggal dunia pada bulan Mei 1789. Phillip berharap dapat menggunakan Arabanoo sebagai jurubahasanya. Arabanoo meninggal dunia semasa wabak cacar yang membunuh ramai Orang Asli tetapi tidak menjejaskan peneroka British. Pada bulan November 1789, Phillip cuba menggantikan Arabanoo dengan menangkap dua Orang Asli lain, iaitu Colbee dan Bennelong. | UMUM | |