Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wad] | واد

Definisi : bilik atau bahagian di sesebuah hospital yg menjadi tempat tinggal para pesakit, biasanya mereka yg mengalami penyakit yg sama, utk menjalani rawatan: ~ kecemasan; ~ ortopedik; ~ bersalin; mengewadkan memasukkan seseorang ke dlm wad: Selvamuthu telah diwadkan selama tiga minggu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wad] | واد

Definisi : bahagian rumah sakit tempat menempatkan orang-orang sakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wad


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAYYAF, ‘ABD RABB AL-RASUL

Sayyaf, ‘Abd Rabb al-Rasul (1365 H.– ?/1945

M. – ?) ialah pejuang Islam dan pengasas jemaah

Islam pertama di Afghanistan. Dia lahir di

Afghanistan dan mendapat pendidikan awal pada

peringkat rendah di Madrasah Buqman. Kemudian

dia melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah

di Madrasah Ibn Sina. Seterusnya, dia

menyambung pelajaran di Madrasah Abu Hanifah

al-Thanawiyyah di Kabul dan menamatkan

pengajiannya pada tahun 1962. Dia berjaya

memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang

syariah daripada Universiti Kabul pada tahun 1967.

Selepas itu, dia mendapat Ijazah Sarjana dalam

bidang ilmu hadith daripada Fakulti Usuluddin,

Universiti al-Azhar dengan menulis sebuah tesis

bertajuk ‘al-Wad’u fi al-Sunnah wa Juhud al-Ulama’

fi Muqawamatihi’ . Dia dilantik sebagai pensyarah

ilmu hadith, ilmu pembahagian harta pusaka dan

ilmu bahasa di Fakulti Syariah, Universiti Kabul. Di

samping itu, dia juga pensyarah mata pelajaran

hadith dan agama di Fakulti Pentadbiran di

universiti yang sama.

UMUM 

Kembali ke atas