JURNAL BAHASA | Jurnal Bahasa, wadah untuk para ilmuwan atau ahli linguistik menguji teori dan mengemukakan hasil kajian, serta memberikan pandangan dan fikiran mereka dalam bidang linguistik untuk dikongsi bersama-sama para penyelidik atau pengkaji yang lain. Jurnal ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. | BAHASA | Penerbitan |
DEWAN BUDAYA | DEWAN BUDAYA, majalah bulanan yang menjadi wadah dan forum pemikiran dan perbincangan khusus tentang seni budaya. Majalah ini mengandungi 60 halaman berukuran 21 cm x 28 cm diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sejak Januari 1979. Majlis pelancarannya dilakukan di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka pada 16 Januari 1979 oleh Dato’ Musa Hitam, Menteri Pelajaran Malaysia. | SASTERA | Penerbitan |
ASAS 50 | Asas 50 ialah pertubuhan sastera Melayu moden. ASAS 50 adalah singkatan daripada Angkatan Sasterawan 50, yang diasaskan oleh sasterawan, budayawan, wartawan dan ahli bahasa. Pertubuhan ini antara lain bertujuan untuk menyatukan para pengarang Melayu dalam satu wadah perjuangan untuk mempertingkat dan menjaga kepentingan penulis dalam masyarakat. ASAS 50 ditubuhkan di Singapura pada 6 Ogos 1950. | UMUM | |
SASTERA PERSURATKHABARAN | SASTERA PERSURATKHABARAN, bentuk sastera Melayu yang menjadikan akhbar dan majalah sebagai wadah penampungan utamanya. Sastera persuratkhabaran termasuk cerpen dan puisi. Kemajuan penciptaan dan penyebaran kedua-duanya amat dipengaruhi oleh akhbar dan majalah. | SASTERA | Konsep |
UTUSAN MELAYU PRESS LTD. | UTUSAN MELAYU PRESS LTD., organisasi media yang terulung di Malaysia. Utusan Melayu Press Ltd. ditubuhkan pada tahun 1938 di Singapura. Penerbit ini ditubuhkan untuk menerbitkan akhbar Utusan Melayu sebagai wadah perjuangan orang Melayu menentang penjajahan dan menyemarakkan perjuangan bagi kepentingan bangsa, agama dan negara. Pejabat Utusan Melayu Press Ltd., pada mulanya terletak di sebuah bangunan kedai tiga tingkat di Queen Street dan kemudiannya berpindah ke Cecil Street. Antara pengasas Utusan Melayu adalah Yusof Ishak, Daud Mohammad Shah, Haji Embok Soloh, Haji Abdul Hamid Haji Mohammad, Tengku Abdul Kadir Mohamad, Haji Ismail Haji Mohamad Taib, Embok Abdul Ghani, Haji Omar dan Abdul Jalil Haji Harun. Dengan modal permulaan sebanyak $12,290.00, lahirlah Utusan Melayu Press Ltd., pada 19 Mei 1939. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
LESBUMI | LESBUMI, persatuan seniman dan budayawan muslim Indonesia. LESBUMI adalah singkatan Lembaga Seniman Budayawan Muslimin Indonesia. LESBUMI ditubuhkan oleh Nahdatul Ulama pada 28 Mac 1962 di Jakarta. LESBUMI berusaha untuk menghimpun para seniman dan budayawan Muslimin Indonesia dalam suatu wadah untuk menghadapi kritikan Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA) yang ditubuhkan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). | SASTERA | Institusi/Organisasi |