Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wadi;


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POKOK KURMA

Pokok kurma ialah pokok yang mengeluarkan

buah kurma. Pokok kurma hidup subur dalam

iklim panas kering. Ia tumbuh di seluruh utara

Afrika dan Timur Tengah, dan ia hidup subur di

wadi, iaitu tempat yang hanya ditumbuhi

beberapa tumbuhan sahaja. Pokok kurma adalah

satu daripada tumbuhan tanaman yang paling tua.

Peradaban awal mula menanam pokok kurma

sekurang-kurangnya 5000 tahun dahulu. Kini, buah

kurma masih menjadi makanan penting kepada

banyak negara di gurun.

UMUM 
SKROL LAUT MATI

Skrol Laut Mati merupakan manuskrip purba

yang berasal dari Palestin. Skrol ini dijumpai di

dalam gua padang pasir berhampiran pantai barat

Laut Mati (lihat Laut Mati [peta]). Kumpulan pertama

skrol ini ditemui pada tahun 1947 oleh budak

gembala di dalam gua di Wadi Qumran (Lembah

Qumran). Pada akhir tahun 1940-an dan awal tahun

1950-an, ahli kaji purba dan orang Badwi telah

menjumpai sepuluh lagi gua yang mengandungi

tulisan purba ini.

UMUM 
MUSA IBN NUSAYR

Musa ibn Nusayr (19 H.– 97 H./640 M.– 715 M.),

ahli politik, penakluk berbangsa Arab pada zaman

pemerintahan kerajaan Umayyah. Nama penuhnya

ialah Musa ibn Nusayr ibn Abdul Rahman ibn Zayd.

Gelarannya ialah Abu Abdul Rahman Pembuka

Andalus dan juga al-Lakhamiy. Dikatakan juga

gelarannya ialah al-Umawiy kerana kesetiaannya

kepada Bani Umayyah. Berasal dari Wadi al-Qura,

Hijaz. Bapanya Nusayr adalah salah seorang

pengawal peribadi Mu’awiyah. Musa telah dididik

dengan cara hidup yang lasak dan kental. Dia telah

menerima pelbagai tugas semenjak usia mudanya

lagi dan dapat melaksanakannya dengan jaya.

UMUM 
NABI ISMAIL A.S.

Nabi Ismail a.s. ialah seorang nabi dan rasul,

anak kepada Nabi Ibrahim a.s. dan ibu baginda Hajar

berasal dari Mesir. Sarah, isteri pertama Nabi

Ibrahim a.s. tidak dapat melahirkan zuriat pada

waktu itu dan telah dihadiahkan seorang hamba

perempuan oleh Raja Mesir untuk berkhidmat

kepadanya. Dengan alasan tidak dapat melahirkan

anak, Sarah telah memberikan hamba tersebut iaitu

Hajar, kepada suaminya Nabi Ibrahim a.s. dengan

harapan dapat melahirkan seorang anak yang dapat

menggembirakan mereka. Akhirnya mereka

dikurniakan seorang anak dengan kelahiran Nabi

Ismail a.s. Setelah itu, perasaan cemburu mula

timbul di hati Sarah lalu dia merayu suaminya

membawa anak tersebut bersama-sama ibunya ke

suatu tempat yang jauh daripada pandangan

matanya. Hikmah Allah SWT sememangnya

menghendaki perkara tersebut berlaku, lalu Nabi

Ibrahim a.s. memperkenankan permintaan isterinya.

Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Ibrahim a.s.

untuk membawa Nabi Ismail a.s. bersama-sama

ibunya dan menempatkan kedua-duanya di suatu

wadi yang tidak ditumbuhi sebarang tumbuhan. Ini

merupakan satu ujian kepada Nabi Ibrahim a.s., iaitu

perpisahan dengan anaknya yang sangat dicintai.

UMUM 

Kembali ke atas