WAJAH SELONG | WAJAH SELONG, akhbar Melayu yang diterbitkan di Colombo, Sri Lanka. Akhbar ini dicetak dalam tulisan Jawi dan diterbitkan pada bulan April 1895. Wajah Selong diterbitkan pada masa yang sama dengan akhbar Jawi Peranakan (1876-1895) dan Pemimpin Warta (1897) yang menghentikan percetakannya. Penerbit dan pengedar Wajah Selong ialah Baba Ounus Saldin, seorang sasterawan Melayu yang terkenal di Sri Lanka. Dia juga bertanggungjawab menerbitkan akhbar Alamat Langkapuri yang juga bertulisan Jawi di Sri Lanka. Baba Ounus Saldin menulis dan mengatur semua kandungannya, Wajah Selong dicetak dengan cap batu dan litograf di pejabat percetakan kepunyaannya sendiri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
MENDANDAN RAMBUT | Mendandan rambut ialah seni menggunting, mengeset, menyusun, dan seterusnya menjaga rambut. Lelaki dan perempuan menggayakan rambut supaya rupa paras mereka lebih elok dan untuk keselesaan. Gaya rambut yang berbeza akan mengubah wajah seseorang dengan lebih ketara berbanding hampir-hampir kesemua perubahan fizikal yang lain. Dandanan boleh menonjolkan ciri yang elok dan menyembunyikan ciri yang buruk, atau boleh mengalihkan perhatian orang daripada sifat yang tidak dikehendaki. Dandanan memberi gaya rambut yang menarik dan mudah dikendalikan sambil memenuhi keperluan dan kehendak seseorang. | UMUM | |
MEMORIAL NASIONAL GUNUNG RUSHMORE | Memorial Nasional Gunung Rushmore ialah suatu ukiran besar yang dibuat pada cerunan granit yang disebut sebagai Gunung Rushmore. Tugu ini terletak di kawasan Black Hills, Dakota Selatan, Amerika Syarikat. Pada tugu ini diukir wajah empat orang Presiden Amerika Syarikat iaitu George Washington, Thomas Jefferson, Theodore Roosevelt, dan Abraham Lincoln. Ukiran kepala Washington ialah setinggi bangunan lima tingkat (lebih kurang 18 meter). Ini adalah mengikut skala yang bersesuaian dengan manusia yang tingginya 142 meter. | UMUM | |
TUNGGUL-TUNGGUL GERIGIS | TUNGGUL-TUNGGUL GERIGIS, novel karya Shahnon Ahmad. Novel ini diterbitkan pada tahun 1988 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Tunggul-tunggul Gerigis menggambarkan wajah manusia dengan keyakinan dan kepercayaan masing-masing. Bagi mereka, kebenaran adalah di pihak mereka dan pihak lawan dianggap sebagai musuh. | SASTERA | Karya |
NARASIMHAVARMAN I | Narasimhavarman I (630?–668?), juga dikenal sebagai Mamalla, merupakan raja dinasti Pallava di India selatan. Dia diingati terutamanya kerana membangunkan bandar Mahabalipuram, yang juga dikenal sebelumnya dengan nama Mamallapuram sempena menghormatinya. Bandar ini terletak di Teluk Benggala, yang kini dalam negeri Tamil Nadu, India. Ia telah pun berkembang maju sebagai pelabuhan perdagangan apabila Narasimhavarman menguasainya, dan dia seterusnya membesarkan dan menjadikan bandar ini sebagai pangkalan tentera laut dan pusat agama Hindu. Kuil-kuil dan tugu-tugunya yang masih ada menarik minat pelancong dan para sarjana. Wajah Narasimhavarman diukir pada salah satu ukiran batu, yang tertulis dengan kata-kata “Penambah Tiga Dunia” (“Augmenter of the Three World”). | UMUM | |
SUSUK | Kapsyen ; Cara pemakaian susuk SUSUK, sejenis azimat atau ilmu yang menggunakan jenis logam dan ayat jampi untuk menimbulkan seri wajah, melariskan perniagaan, kekebalan badan serta memikat hati orang ramai terhadap pemakainya. Susuk merupakan suatu bentuk ilmu kebatinan yang sering diamalkan oleh orang Melayu sejak zaman tradisional. | BUDAYA | Alat/Alatan |
SUMBI GIGI | Kapsyen : Sumbi gigi SUMBI GIGI, penambal gigi yang rosak atau gigi tambahan atau buatan. Sumbi gigi memainkan peranan penting dalam penjagaan gigi di samping mengemas dan mencantikkan gigi. Sumbi gigi juga boleh berfungsi sebagai susuk pemanis. Pada mulanya sumbi gigi ini dibentuk menggunakan logam seperti tembaga, perak dan emas. Lama-kelamaan ada sesetengah masyarakat elit menempah sumbi gigi menggunakan logam platinum, kerana lebih mahal, kuat dan kelihatan berkilat apabila seseorang itu senyum atau ketawa. Dengan kata lain, sumbi gigi tidak lagi menjadi penutup bagi gigi yang rosak, sama ada berlubang atau rapuh tetapi mula enjadi penghias wajah pemakainya. | BUDAYA | Alat/Alatan |