YAZID IBN AL-WALID | Yazid ibn al-Walid (86–126 H/705–744 M), salah seorang khalifah kerajaan Umawiyyah di Syam daripada kalangan keluarga Marwan. Nama penuhnya ialah Yazid ibn al-Walid ibn Abd al-Malik ibn Marwan Abu al-Khalid. Dia lahir dan meninggal dunia di Damsyik. Dia juga terkenal dengan nama Yazid Ketiga. | UMUM | |
KHALID IBN AL-WALID | Khalid ibn al-Walid (?–21 H/ ?–642 M) ialah sahabat besar Rasulullah SAW. Pada zaman jahiliah, dia merupakan salah seorang pembesar Quraisy dan panglima tentera berkuda. | UMUM | |
KHALID BIN AL-WALID | Khalid bin al-Walid (592 M–642 M), tokoh pejuang Islam pada zaman Rasulullah SAW, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dan Khalifah Umar bin al-Khattab. | AGAMA | Tokoh |
PERANG YARMUK | Perang Yarmuk berlaku pada tahun 15 H./636 M. antara tentera Islam di bawah pimpinan Khalid ibn al-Walid dengan tentera Rom di bawah pimpinan Thiordas, pada zaman pemerintahan Khalifah ‘Umar ibn al-Khattab. Pada awal pertempuran ini, tentera Islam telah berjaya mengalahkan tentera Rom di bandar Fahl. Mereka juga telah meneruskan penguasaannya sehingga ke sempadan Damsyik. Di sana, tentera Islam mengepung kota ini selama hampir setahun tujuh bulan. Kemudian pihak musuh telah menyerah diri. Hal ini berlaku pada tahun 14 H./635 M. Kesan daripada penawanan Damsyik daripada tangan tentera Byzantine Rom itu telah menyebabkan raja mereka, Hercules menggerakkan bala tentera yang dianggarkan seramai 200 000 anggota yang dipimpin oleh saudaranya, Thiordous menentang tentera Muslimin yang berjumlah 25 000 orang yang dipimpin oleh Khalid ibn al-Walid. Peperangan antara kedua-dua pihak tidak dapat dielakkan. Pihak tentera Islam telah memperoleh kemenangan. | UMUM | |
MA WARA’ AL-NAHR, PEMBUKAAN, | Ma Wara’ al-Nahr, Pembukaan, siri pembukaan negara oleh orang Islam di sebelah timur negara Islam pada zaman pemerintahan Bani Umayyah, khususnya pada zaman Khalifah al-Walid ibn Abd al-Malik. Pembukaan ini adalah di bawah pimpinan Qutaybah ibn Muslim dan Muhammad ibn al-Qasim. Ma Wara’ al-Nahr ialah negeri-negeri yang terletak di antara Sungai Jayhun dengan Sungai Wiriy, meliputi negeri Takharstan, Saghaniyan, Samarkand, Bukhara, Khawarizm, dan Ashru. Sebelum negeri ini ditakluk, orang-orang Islam telah mengepung dan menghalang laluan orang Rom. Selepas itu, berlakulah penaklukan di bahagian timur negara Islam dan ia terus kekal di bawah pemerintahan Islam. Masa pembukaan itu adalah antara tahun kejatuhan al-Mada’in, iaitu pada tahun 16 H./637 M. dan pelantikan Qutaybah ibn Muslim sebagai pemimpin di Khurasan pada tahun 85 H./704 M. | UMUM | |
SYAM (SYRIA), PEMBUKAAN | Syam (Syria), Pembukaan berlaku pada zaman pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq r.a., yang mengarahkan sekumpulan tentera Muslimin menuju ke Syam di bawah pimpinan panglima-panglima utama seperti Al-Walid ibn ‘Uqbah , ‘Amru ibn al’ As, Abu Ubayah Amir ibn al-Jarrah dan Yazid ibn Abu Sufian. | UMUM | |
PERANG AL-MADHAR II | Perang al-Madhar II ialah nama tempat berlakunya Perang al-Madhar yang diambil sempena nama sebuah sungai. Peperangan tersebut berlaku pada tahun 12 H./ 633 M. Peperangan ini berlaku antara tentera Islam di bawah pimpinan Khalid ibn al-Walid (r.a) dengan tentera Parsi. | UMUM | |
TARIQ IBN ZIYAD | Tariq ibn Ziyad (50–102 H./670–720 M.) ialah penakluk Sepanyol. Terdapat juga pendapat mengatakan bahawa namanya Tariq ibn Amru, hamba kepada Musa ibn Nusayr, iaitu Gabenor Maghribi merangkap panglima tentera Barbar yang ditugaskan membuka Semenanjung Iberia pada zaman Kerajaan Umaiyyah yang pada masa itu diketuai oleh Khalifah al-Walid ibn Abd al-Malik. | UMUM | |
MUHAMMAD IBN AL-QASIM | Muhammad ibn al-Qasim (62 H.–98 H./681 M.– 717 M.), ketua gerakan pembukaan Islam yang terkenal. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn al- Qasim ibn Muhammad ibn al-Hakam ibn Abi Aqil al- Thaqafiy. Dia adalah pembuka kota Sind dan memerintahnya pada zaman kerajaan Umayyah. Hajjaj melantik Muhammad menjadi gabenor Sind pada zaman pemerintahan al-Walid ibn ‘Abd al- Malik dan bapanya merupakan gabenor di Basrah. | UMUM | |
BUHTURIY, AL- | Buhturiy, al- (204–284 H./819–897 M.), tokoh penyair Arab yang ulung pada abad ketiga Hijrah. Nama sebenarnya ialah Abu ‘Ubadah al-Walid ibn ‘Ubaydillah al-Buhturiy. | UMUM | |