Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wang.sa] | وڠسا

Definisi : (Sanskrit) bangsa, keluarga (raja, keturunan raja); muda ~ muda bangsawan; ~ Shailendra keluarga raja-raja Shailendra. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wang.sa] | وڠسا

Definisi : bangsa; keluarga (bkn raja, keturunan raja); dinasti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wangsa (kata nama)
Bersinonim dengan bangsa, keluarga, keturunan, puak, kaum.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CHEK DA DATO' SERI NARA WANGSA

CHEK DA DATO’ SERI NARA WANGSA (1882-1934), pentadbir tradisional kerajaan Terengganu. Dia lahir pada 18 Jun 1882 di Terengganu. Nama penuhnya ialah Chek Da Umar bin Chek Mohd. Ali bin Abdul Rahim. Ayahnya Chek Mohd Ali bergelar Dato’ Seri Nara Wangsa gelaran kebesaran pembesar dan pentadbir tradisional kerajaan Terengganu. Chek Mohd. Ali, pentadbir yang akhir sekali memakai gelaran Dato’ Seri Nara Wangsa, kerana  selepas peranan Dato’ Mata-Mata diberikan kepada Chek Da Umar, dia tidak lagi memakai gelaran Dato’ Seri Nara Wangsa. Gelaran baharu yang diberikan kepadanya ialah Dato’ Seri Andika Raja.

  

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PERANG ROS

Perang Ros mencetuskan persengketaan awam

di England pada akhir tahun 1400-an. Dua wangsa

diraja berperang untuk merebut takhta. Simbol

yang dipilih oleh setiap pihak merupakan nama

bagi perang ini. Wangsa York sudah lama

menggunakan bunga ros putih sebagai

lambangnya. Wangsa Lancaster pula dikaitkan

dengan lambang ros merah, tetapi ahli sejarah

tidak pasti bila lambang ini bermula.

Sesetengahnya berpendapat bahawa lambang ros

merah hanya wujud sewaktu pertempuran yang

terakhir. Perang ini bermula pada tahun 1455

dengan Pertempuran Saint Albans, dan berakhir

pada tahun 1485 dengan Pertempuran Bosworth

Field.

UMUM 
ISKANDAR MUDA MAHKOTA ALAM

ISKANDAR MUDA MAHKOTA ALAM (1591-1636), Sultan Aceh. Dia lahir pada bulan Januari 1591. Semasa kecil dia bernama Darma Wangsa atau nama timang-timangannya, Tun Pangkat. Dia ialah anak sulung Mansur Syah dan Puteri Diraja Ratna Wangsa.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN MUHAMMAD SYAHSULTAN MUHAMMAD SYAH ( ? -1475), Sultan Pahang yang pertama dari Melaka.  Baginda ialah putera kepada Sultan Mansur Syah, Sultan Melaka dan Puteri Wanang Sari atau Puteri Lela Wangsa.  Baginda menjadi Sultan Pahang disebabkan peristiwa baginda membunuh Tun Besar, anak Tun Perak.  Sultan Mansur Syah sendiri telah memarahi dan sesal dengan perbuatan Raja Muhammad. Atas titah Sultan Mansur Syah, Raja Muhammad telah dihantar dan dirajakan di Pahang dengan membawa gelaran Sultan Muhammad Syah.  Sultan Muhammad Syah adalah Sultan Pahang yang pertama daripada keturunan Sultan Melaka.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RAJA KUNING

RAJA KUNING ( ? -1651), Raja Perempuan Patani yang terakhir (1635-1651), juga raja terakhir daripada dinasti Raja Seri Wangsa yang memerintah Patani sejak pertengahan abad ke-4. Baginda ialah puteri Raja Ungu dan suaminya, Sultan Abdul Ghafur, Sultan Pahang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RAJA HIJAU

RAJA HIJAU (1553-1616), Raja Patani yang keenam (1584-1616). Baginda ialah puteri sulung Sultan Mansur Syah (m.m 1564-1572). Raja Hijau ialah raja yang keenam dalam senarai sembilan orang raja keturunan Dinasti Seri Wangsa yang memerintah Kesultanan Melayu Patani sejak pertengahan abad ke-15 hingga tahun 1688. Raja Hijau ditabal sebagai Raja Patani ketika berusia 31 tahun setelah kemangkatan adindanya, Sultan Bahadur Syah (1573-1584). Baginda adalah puteri pertama yang memerintah Kesultanan Patani.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PUTERI SA'ADONG

Puteri Sa’adong ( ? - ? ) ialah isteri kepada

Raja Abdullah, pemerintah kerajaan Jembal ke-3

iaitu sebuah kerajaan di timur negeri Kelantan,

pada abad yang ke-17. Puteri Sa’adong adalah

puteri kepada Raja Luyor, iaitu raja ke-2 yang

memerintah Jembal. Perihal kecantikan Puteri

Sa’adong tersebar luas hingga ke negeri

Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayung, iaitu

negeri yang diperintah oleh Cik Siti Wan

Kembang yang berpusat di Gunung Chinta

Wangsa, Ulu Kelantan. Puteri Sa’adong yang juga

dikenali sebagai Puteri Wijaya Mala dijadikan

anak angkat oleh Cik Siti Wan Kembang.

UMUM 
SYEIKH SAID PASAI

SYEKH SAID PASAI (1457-   ? ), tabib dan pendakwah Indonesia.  Dia berasal dari pusat wilayah kerajaan Pasai.  Dia seorang tabib dan pendakwah agama Islam yang mengubati sakit kusta dan mengislamkan Raja Patani, Raja Indra (raja Melayu Patani yang kedua daripada keturunan Sri Wangsa) pada tahun 1457.  Meskipun ada riwayat menyebut bahawa agama Islam sudah tersebar ke Patani, tetapi penganutnya hanya terbatas dalam lingkungan masyarakat umum.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KAMPUNG DATUK KERAMAT

KAMPUNG DATUK KERAMAT,  kawasan petempatan yang terletak di bandar raya Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Kampung ini dibuka pada sekitar awal tahun 1960-an. Kampung ini diletakkan di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (D.B.K.L.). Kampung Datuk Keramat  mempunyai keluasan 90 hektar persegi. Kampung ini dikelilingi oleh Padang Tembak di utara, Wangsa Maju di timur, Ampang di Selatan dan Bandaraya Kuala Lumpur di barat. Jumlah penduduknya lebih kurang 20 000 orang. Sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
BOROBUDUR

BOROBUDUR, candi terbesar di Indonesia, dibina di kaki Gunung Menoreh yang terletak di wilayah Desa Bumisegoro, dekat Kota Magelang, Jawa Timur.

Borobudur yang bererti ‘Himpunan Kuil-kuil di atas Bukit’ atau ‘Himpunan Kebajikan dalam 10 Tingkatan Bodhisatwa’ mula dibina sekitar tahun 800 M. oleh kerajaan Sailendra, yang memerintah Jawa Tengah dari pertengahan abad ke-8 M hingga tahun 830 M.  Kekuasaan wangsa itu lenyap pada pertengahan abad ke-9 M.  Seabad kemudian kegiatan politik dan budaya berpindah dari Jawa Tengah ke Jawa Timur.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangunan/Kota
12

Kembali ke atas