Sappho ialah penyair wanita Yunani yang hidup pada tahun 600 S.M. Plato menamakannya sebagai Tenth Muse , dan dia dianggap penyair wanita terpenting dunia yang pernah diketahui. Daripada karya puisinya, hanya dua puisi lirik yang pendek dan beberapa baris yang masih wujud, yang dipetik oleh pengkritik dan pakar tatabahasa. Ini menunjukkan emosi yang hebat tetapi terkawal dalam bahasa yang nampak seperti semula jadi. Puisi-puisi kemudiannya, terutama puisi oleh penyair Yunani Catullus dan Horace, meniru pola irama khusus Sappho, yang dikenali sebagai Sapphic . Sappho tinggal di Mitylene (kini Mitilini) di Pulau Lesbos, menjadi ketua kepada sekumpulan wanita muda yang menjadi pengikutnya. Dia berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Cleis. |