AMORSOLO, FERNANDO | Amorsolo, Fernando (1892–1972) ialah salah seorang pelukis Filipina yang agung. Dia terkenal dengan lukisannya tentang kehidupan harian di Filipina. Landskap luar bandar Amorsolo termasuk pemandangan wanita-wanita muda sedang membasuh pakaian di sungai. | UMUM | Umum |
MIN | Min, dalam statistik, ialah jumlah siri nombor yang dibahagikan dengan bilangannya. Katakan terdapat lima orang wanita yang berat masing-masing ialah 67, 62, 68, 69, dan 64 kilogram. Jumlah keseluruhan berat mereka ialah 330 kilogram. Bahagikan jumlah ini dengan 5, iaitu bilangan wanita: 330 ÷ 5= 66. Min siri nombor ini ialah 66 dan berat min wanita-wanita berkenaan ialah 66 kilogram. Berat 66 kilogram ini dapat digunakan untuk mewakili perbezaan berat kelima-lima wanita tersebut, walaupun tidak ada yang mempunyai berat 66 kilogram. Min lazimnya disebut sebagai purata aritmetik atau min aritmetik. Lihat juga Median; Mod; Purata; Statistik (Kebarangkalian). | UMUM | |
MERCOURI, MELINA | Mercouri, Melina (1925–1994) ialah pelakon wanita dan ahli politik wanita Yunani. Dia berkhidmat sebagai menteri kebudayaan kerajaan sosialis dari tahun 1981 sehingga dia meninggal dunia. Mercouri banyak mengembara untuk memperkenalkan seni dan sukan Yunani, di samping mengetengahkan isu kewanitaan. | UMUM | |
WANITA | WANITA, antologi cerpen yang diusahakan oleh penulis wanita di Malaysia. Wanita diterbitkan oleh Pustaka Antara, Kuala Lumpur pada tahun 1964 dan dicetak oleh Malaysia Publishing House Limited, Singapura. Kata pengantar antologi ini ditulis oleh Asmah Haji Omar. Reka bentuk kulit diusahakan oleh Nas Achnas. Antologi ini diterbitkan sebagai usaha untuk menggambarkan kesungguhan masyarakat khususnya yang berhubung dengan kewanitaan pada masa itu | SASTERA | Konsep |
DAVIS, BETTE | Davis, Bette (1908–1989), pelakon filem wanita Amerika yang terkenal dengan melakonkan watak seorang wanita yang berazam kuat. Davis memenangi Academy Award sebagai pelakon wanita terbaik melalui lakonannya dalam Dangerous (1935) dan Jezebel (1938). | UMUM | |
MENOPAUS | Menopaus ialah masa dalam kehidupan wanita apabila tempoh haidnya terhenti. Kebanyakan wanita mengalami tempoh haid yang terakhir antara usia 45 tahun hingga 55 tahun. Tempoh haid yang terakhir menandakan berakhirnya tempoh melahirkan anak semula jadi pada wanita. Menopaus sering dikenali sebagai perubahan hidup. | UMUM | |
ANGKATAN WANITA SEDAR | Angkatan Wanita Sedar, pertubuhan wanita Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Angkatan Wanita Sedar atau akronimnya AWAS ditubuhkan pada tahun 1946 dan diketuai oleh Aishah Ghani, wartawan akhbar Pelita Malaya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
STEINEM, GLORIA | Steinem, Gloria (1934– ) ialah pengarang Amerika dan penyokong kuat pergerakan kebebasan wanita di Amerika Syarikat. Dia telah berkempen untuk mendapatkan hak wanita dalam pekerjaan, politik, dan kehidupan sosial. Pada tahun 1972, Steinem menerbitkan majalah Ms., iaitu sebuah majalah yang diterbitkan dan disunting oleh wanita. Majalah tersebut mengandungi rencana berkenaan peluang kerjaya dan cara hidup yang lebih bermakna bagi wanita. | UMUM | |
SAPPHO | Sappho ialah penyair wanita Yunani yang hidup pada tahun 600 S.M. Plato menamakannya sebagai Tenth Muse , dan dia dianggap penyair wanita terpenting dunia yang pernah diketahui. Daripada karya puisinya, hanya dua puisi lirik yang pendek dan beberapa baris yang masih wujud, yang dipetik oleh pengkritik dan pakar tatabahasa. Ini menunjukkan emosi yang hebat tetapi terkawal dalam bahasa yang nampak seperti semula jadi. Puisi-puisi kemudiannya, terutama puisi oleh penyair Yunani Catullus dan Horace, meniru pola irama khusus Sappho, yang dikenali sebagai Sapphic . Sappho tinggal di Mitylene (kini Mitilini) di Pulau Lesbos, menjadi ketua kepada sekumpulan wanita muda yang menjadi pengikutnya. Dia berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Cleis. | UMUM | |
PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA | PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA, bahagian penting dalam parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Bahagian ini pada asalnya dikenal sebagai Jabatan Kaum Ibu UMNO yang ditubuhkan pada akhir tahun 1947 dengan Puan Sri Datin Hajah Puteh Mariah Ibrahim Rashid sebagai ketuanya. Ia kemudian dinamakan Pergerakan Kaum Ibu (PKI) UMNO pada 25 Ogos 1949. Pada 1971, ia dikenal sebagai Pergerakan Wanita UMNO (PWU). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |