Myrdal, Alva Reimer (1902–1986) ialah diplomat Sweden dan ahli sosiologi. Dia menjadi popular kerana menggalakkan perlucutan senjata nuklear dan keamanan dunia. Dari tahun 1962 hingga tahun 1973, dia mengetuai delegasi Sweden ke Persidangan Perlucutan Senjata Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland. Myrdal berkongsi Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1982 dengan Alfonso Garcia Robles dari Mexico. Dia menulis The Game of Disarmament (1976) dan War, Weapons, and Everyday Violence (1977), beberapa buah buku lain dan beberapa artikel tentang perlucutan senjata. Myrdal lahir di Uppsala, Sweden. Dia lulusan dari University of Stockholm dan menerima ijazah sarjana dari University of Uppsala. Myrdal menjadi duta wanita pertama Sweden. Suaminya, Gunnar Myrdal ialah ahli sosiologi dan ekonomi. |