SHERRITT, AARON | Sherritt, Aaron (1857?–1880), warga Australia, telah digambarkan sebagai “rakan dan telegraf belukar untuk geng Kelly.” Dia dibunuh oleh Joe Byrne, salah seorang anggota geng tersebut. | UMUM | |
EQUESTRIAN | Equestrian ialah satu golongan warga terkemuka pada zaman Rom purba. Kebanyakan ahli golongan ini adalah daripada golongan bangsawan. | UMUM | |
ARMSTRONG, DUNCAN | Armstrong, Duncan (1968– ) ialah perenang warga Australia yang memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik 1988 bagi acara 200 meter gaya bebas lelaki. Dia mencipta satu rekod baru dunia dengan kepantasan 1 minit 47.25 saat. Dia juga memenangi pingat perak dalam acara 400 meter gaya bebas. Dia bersaing dalam Sukan Komanwel di Edinburgh pada tahun 1986 dan memenangi dua pingat emas, satu untuk acara 400 meter gaya bebas dan satu lagi sebagai anggota pasukan renang berganti-ganti 200 meter Australia. Armstrong lahir di Brisbane. | UMUM | |
MICHELSON, ALBERT ABRAHAM | Michelson, Albert Abraham (1852–1931) ialah warga Amerika yang pertama menerima Hadiah Nobel bagi bidang sains. Dia menerima Hadiah Nobel 1907 bagi bidang fizik untuk reka bentuk peralatan optik jitu ciptaannya dan juga sukatan tepat yang didapati daripada peralatan tersebut. | UMUM | |
ALBAN, SAINT | Alban, Saint ( ? –209), diingati sebagai orang pertama di Britain yang mati suci kerana agama. Dia ialah warga kota kerajaan Rom yang bernama Verulamium, kini St. Albans, di Hertfordshire, England. Alban melindungi seorang paderi yang melarikan diri daripada hukuman mati yang dikenakan oleh orang Rom. Paderi itu mengkristiankan Alban. Askar yang mencari paderi itu menemui Alban yang memakai pakaian paderi. Mereka telah menangkapnya dan dia dihukum mati. | UMUM | |
ARMSTRONG, HENRY JACKSON, JNR. | Armstrong, Henry Jackson, Jnr. (1912–1988) ialah satu-satunya peninju yang telah merangkul tiga gelaran kejohanan dunia pada satu masa. Armstrong, warga Amerika yang memenangi gelaran featherweight pada tahun 1937, dan welterweight dan lightweight pada tahun 1938. Dia menguasai bahagian welterweight dan berjaya mempertahankan gelarannya sebanyak 19 kali. Pada bulan Oktober 1939, gaya serangannya yang bertubi-tubi serta kecergasannya yang tinggi telah mengakhiri lima cabaran yang berasingan empat daripada pencabarnya tumbang dengan pukulan knock-out. Dia kehilangan gelaran tahun 1940. | UMUM | |
MU'JAM AL-UDABA' | Mu‘jam al-Udaba’ atau nama yang diberikan oleh penulis Irshad al-Arib ila Ma‘rifah al-Adib. Penulisnya ialah Shihab al-Din ‘Abdullah Yaqut ibn ‘Abdullah al-Rumi, berasal dari Rom dan dibesarkan di Hamawi serta menjadi warga Baghdad. Dia masyhur dengan gelaran Yaqut al- Hamawiy. | UMUM | |
PERKHIDMATAN KESIHATAN NEGARA | Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS – National Health Service) ialah sistem penjagaan kesihatan di United Kingdom (UK), yang menyediakan perkhidmatan perubatan biayaan negara kepada semua penduduknya. Negara-negara lain juga mempunyai skim perkhidmatan yang sama tetapi berbeza namanya. Perkhidmatannya yang termasuk langkah-langkah pencegahan dan terapeutik, dan perkhidmatan masyarakat bersekutu, dibayar terutamanya daripada cukai umum. Tetapi warga yang bekerja memberi sumbangan tambahan melalui skim insurans kesihatan wajib. Doktor, jururawat dengan lain-lain personel berada di bawah kontrak dengan kerajaan. NHS berserta hospital, pusat kesihatan, lain-lain kemudahan bersekutu adalah milik awam. | UMUM | |
DARWIN | Darwin (pend. 78 139) merupakan pusat pentadbiran dan ibu negeri bagi Wilayah Utara Australia. Bandar Darwin ialah pusat perhentian penghabisan perjalanan melalui darat, laut, udara dan juga perhubungan telekomunikasi. Bandar ini juga mempunyai pangkalan tentera yang besar dengan lapangan terbang tentera udara dan pangkalan angkatan laut. Darwin mungkin juga merupakan sebuah bandar kosmopolitan di Australia. Kebanyakan penduduk Darwin ialah keturunan Eropah, tetapi sebahagian besar warga kota Darwin terdiri daripada keturunan Orang Asli, Cina, Melayu atau Filipina. | UMUM | |
ACROPOLIS | Acropolis ialah pusat agama dan tentera sesebuah negara kota di Yunani purba. Orang Yunani biasanya membina kubu di atas bukit, yang dinamakan acropolis, di dalam atau dekat kota untuk pertahanan. Ia kerap merupakan tempat pertama yang diduduki. Semasa kegemilangan era Mycenaea (1400–1200 S.M.), istana raja biasanya dibina di atas bukit. Istana juga menjadi kubu tentera dan tempat perlindungan bagi warga kota semasa kecemasan. Kuil-kuil terpenting bagi negara kota juga dibina di sini, termasuk rumah berhala dewa mereka. | UMUM | |