Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ris]/[wa.rith] | واريث

Definisi : Ar 1. orang atau pihak yg berhak menerima pusaka orang yg telah meninggal: apabila seseorang mati meninggalkan harta, maka harta itu mestilah diturunkan kpd ~nya; ahli ~ orang yg menjadi waris; 2. penjaga atau wali (kanak-kanak): apakah hukumnya jika penjaga atau ~ kanak-kanak yg berumur tujuh hingga sepuluh tahun mengabaikan ajaran sembahyang kpd kanakkanak tersebut? 3. = warisan harta pusaka, harta peninggalan: anak cucu akan menerima ~ ayah bondanya; ~ ahli waris yg sebenarnya (anak dll); ~ kuat (yg karib) waris yg hampir sekali (anak, cucu, dll); ~ negeri sl waris yg bakal menggantikan sultan; ~ sah orang yg berhak menjadi waris menurut hukum (adat, agama, dll); berwaris meninggalkan waris, ada warisnya: bagi orang mati yg tidak ~, urusan harta peninggalannya terserah kpd pemerintah; mewarisi 1. menerima harta pusaka drpd, mempusakai: dia telah ~ tanah getah ibunya; 2. menurut dan membawa perangai (rupa, sifat, dll) orang tua dll, mengikut jejak orang dll yg sebelumnya (dlm pekerjaan dll): Martinah ~ muka ibunya; Semaun ~ sifatsifat Pak Kasa; ayah seorang lelaki yg ~ zamannya; 3. ki menerima apa yg ditinggal­kan: pegawai-pegawai tinggi Melayu yg sudah memang biasa di kelab itu sejak zaman lampau, berasa diri mereka ~ sisasisa nikmat menjadi tuan yg ditinggalkan oleh pegawai kolonial; mewariskan 1. meninggalkan harta pusaka kpd, memberikan pusaka atau peninggalan kpd: aku akan ~ hasil-hasil seni ini kpd rakyatku; 2. menjadikan seseorang sbg waris; 3. ark mewarisi; warisan 1. harta peninggalan, harta pusaka: Mimi pergi ke Bandung utk suatu urusan ~; 2. sesuatu yg diwarisi, sesuatu yg turun­temurun, peninggalan: kata jongos merupakan kata ~ kolonial; kewarisan mendapat warisan; perwarisan hal yg berkaitan dgn berwaris: undang-undang ~; hak ~; pewarisan perihal mewarisi (mewariskan): penyelidikan tentang asal-usul dan ~ segala gagasan bahasa merupakan bidang sejarah linguistik; pewaris orang (pihak) yg mewarisi, waris: kita adalah ~ kebudayaan yg terkaya dlm dunia; ~ ilmu Yunani; beliau muncul sbg ~ jawatan Perdana Menteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ris]/[wa.rith] | واريث

Definisi : Jk selalu bernasib baik (dlm perniagaan dll), beruntung, mujur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ris]/[wa.rith] | واريث

Definisi : 1 orang yg berhak menerima pusaka orang yg telah meninggal. 2 penjaga atau wali (kanak-kanak). ~ kuat (karib) waris yg hampir sekali (spt anak, cucu). ~ negeri waris yg bakal mengganti sultan. ~ sah orang yg berhak menjadi waris menurut hukum adat (agama dll). mewarisi 1 menerima harta pusaka; memusakai: Ia ~ dua ekar tanah sawah ibunya. 2 ki menerima apa-apa yg ditinggalkan oleh orang yg terdahulu: Malaysia masih ~ sistem pentadbiran Inggeris. mewariskan 1 meninggalkan harta pusaka kpd. 2 menjadikan seseorang sbg waris. warisan 1 harta peninggalan; harta pusaka. 2 sesuatu yg diwarisi. pewarisan perbuatan, hal dsb mewarisi atau mewariskan. pewaris orang yg mewarisi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
waris (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan penama: penerima harta, penerima pusaka, anggota keluarga, darah daging, adik-beradik, sanak saudara, kemanakan,

2. Bersinonim dengan penjaga: pengasuh, penyelenggara, pemelihara,

Kata Terbitan : mewarisi, mewariskan, warisan, pewaris,

Puisi
 

Ambil kapak di tengah laman,
     Tanam sirih tepi telaga;
Ibu bapa tentu tak berkenan,
     Sekalian waris pun tak suka.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tertawa dalam perkabungan.

Bermaksud :

Ahli waris yang bersenang hati dalam masa berkabung kerana akan mendapat harta pusaka.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
FARAID

Faraid, ilmu pembahagian pusaka kepada waris-waris si mati yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan al-Sunah.

AGAMAKonsep
ENTAIL

Entail merupakan harta yang diwarisi secara

turun-temurun oleh waris tertentu sahaja,

dan bukannya oleh semua waris.

UMUM 
PROBET

Probet. Apabila seseorang meninggal dunia,

wasiatnya perlu diterima sebagai probet (untuk

membuktikan wasiat itu tulen). Wasi si mati akan

mengemukakan wasiatnya kepada mahkamah dan

mahkamahlah yang akan mengendalikan wasiat dan

harta pusakanya. Mahkamah ini dikenali sebagai

mahkamah probet. Pihak wasi perlu mengemukakan

wasiat dan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa

wasiat si mati benar. Wasiat hendaklah mendapat

probet secepat mungkin selepas kematian orang

yang membuat wasiat yang dikenali sebagai

pewasiat. Selepas surat wasiat dikemukakan,

mahkamah biasanya akan mengeluarkan

pemberitahuan kepada waris-waris pewasiat yang

sepatutnya mempunyai hak ke atas harta tersebut jika

wasiat itu tidak dibuat.

UMUM 
PUTERA WALES

Putera Wales ialah gelaran yang diberikan

kepada waris putera sulung takhta kerajaan United

Kingdom. Baginda biasanya ialah putera sulung

raja, melainkan putera itu telah mangkat ataupun

telah melepaskan gelaran tersebut.

Edward I, raja Inggeris yang menakluki Wales pada

tahun 1282, mengalahkan Llywelyn, Putera Wales,

yang terakhir. Llyweln mangkat dalam pertempuran

kecil dengan tentera Inggeris. Pada tahun 1301,

Edward memberikan gelaran itu kepada putera

sulungnya. Kemudian, putera ini menjadi raja yang

dikenali sebagai Edward II. Semenjak

pemerintahan Edward II, hampir kesemua waris

putera sulung takhta kerajaan Britain menerima

gelaran ini.

UMUM 
DARNLEY, LORD

Darnley, Lord (1545–1567), bangsawan Scotland

yang menjadi waris terdekat untuk menaiki

takhta kerajaan England. Nama sebenarnya ialah

Henry Stuart.

UMUM 
RAMAYANA

Ramayana ialah salah satu daripada dua puisi

epik yang teragung di India. Satu lagi ialah epik

Mahabharata . Wira Ramayana ialah Rama, putera

dan waris takhta seorang raja India (lihat Rama ).

Rama lahir di negara Ayodhya (dahulunya Oudh,

kini sebahagian daripada Uttar Pradesh).

Visvamitra, guru Rama yang bijaksana telah

mengajarnya prinsip yang harus dipatuhi untuk

menjadi raja.

UMUM 
ADAT PERTABALAN SULTAN TERENGGANU

ADAT PERTABALAN SULTAN TERENGGANU, upacara menabalkan Sultan Terengganu yang baharu bagi menggantikan sultan yang mangkat. Mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu 1911, telah ditetapkan bahawa Negeri Terengganu juga mempunyai seorang waris ganti yang bakal menjadi raja yang diberi gelaran Yang Dipertuan Muda. Waris inilah yang akan diangkat menjadi sultan jika sultan yang ada mangkat.

           

BUDAYAKonsep
DATO' KELANA MAAMOR

DATO’ KELANA MAAMOR (1877-1945), Undang Luak Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Maamor bin Kasim. Dia ialah waris di hulu, dipilih sebagai Undang Luak Sungai Ujong, menggantikan Dato’ Kelana Lela Setia Muhammad Yusuf  Hashim pada tahun 1889.

       .

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DATO' KELANA SENDENG

DATO’ KELANA SENDENG (? -1872), Penghulu (bertaraf Dato’ Undang) Sungai Ujong yang ke-11 dan yang kelima memakai gelaran Dato’ Kelana. Dia adalah daripada perut hulu daripada dua pecahan waris di darat yang berhak memegang jawatan sebagai Dato’ Kelana. Dia dilantik pada tahun 1850 untuk menggantikan Dato’ Kelana Kawal (m. 1849). Dia memerintah luak Sungai Ujong selama 22 tahun (1850-1872).

           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PERANG BUKIT PUTUS

PERANG BUKIT PUTUS, perang saudara pertama di Negeri Sembilan.  Perang ini berlaku pada tahun 1875 antara Yamtuan Antah dengan Tengku Ahmad Tunggal berhubung pemilihan waris takhta.  Perang ini melibatkan campur tangan pihak British yang mengambil kesempatan daripada perbalahan yang berlaku antara pembesar negeri untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Sungai Ujong.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
12

Kembali ke atas