LILIN MINERAL | Lilin mineral. Kebanyakan lilin berasal daripada petroleum. Pembuat menyejukkan dan menuras minyak petroleum dan kemudian menggunakan pelbagai proses kimia untuk memisahkan lilin daripadanya. Ada tiga jenis utama lilin petroleum: (1) lilin parafin, (2) lilin mikrohabluran, dan (3) petrolatum. Lilin ini berbeza dari segi warna, kekerasan, dan takat leburnya. | UMUM | |
KAIN KERIKAM | KAIN1"> KELINGKAN, kain yang berhias teknik tekat atau sulam dengan menggunakan kepingan logam ‘kelingkan’ warna emas dan perak. Kain jenis ini biasanya dijadikan selendang, manto atau selayah yang dipakai menutup kepala atau bahu, khusus bagi melengkapi pakaian adat atau persalinan pengantin tradisi. | BUDAYA | Kraf Tangan |
KELDAI | Keldai ialah nama yang diberi kepada keldai baka jinak. Keldai liar di utara dan timur laut Afrika adalah leluhur kepada keldai. Keldai liar kelihatan seperti kuda belang tetapi tidak berbelang, kecuali kadangkala pada kakinya. Keldai tingginya lebih kurang 1.2 meter pada paras bahu. Bulunya berwarna kelabu dengan garis lebih gelap di sepanjang belakangnya. Ciri-ciri lain haiwan ini adalah telinga yang panjang, tapak kaki yang kecil, dan bulu yang panjang di hujung ekornya. Pembiak baka terpilih menghasilkan keldai yang berbeza-beza saiz, warna dan bulunya. | UMUM | |
SOTONG KATAK | Sotong katak ialah moluska (haiwan lembut tidak bertulang) dalam kelas yang sama dengan sotong. Ia terdapat di kebanyakan laut kecuali di laut di sekeliling Amerika. Ia hidup di air dalam, tetapi kadangkala terdapat berhampiran dengan persisiran pantai. Saiznya berbeza-beza dari kirakira lapan sentimeter hingga kira-kira 1.8 meter panjangnya. Badannya berwarna perang berjalurjalur dan berbintik-bintik ungu. Ia berkilau terang dalam cahaya matahari dan sering bertukar warna. Badannya yang berbentuk bujur dikelilingi sirip beropol. | UMUM | |
TEMBIKAI | Tembikai ialah nama buah daripada beberapa jenis tumbuhan yang tergolong dalam famili labu. Tembikai hanya hidup untuk satu musim. Daun dan batangnya berbulu. Batangnya yang menjalar atau memanjat melekatkan dirinya dengan sulur paut pada benda yang dipanjatnya. Sulur paut ialah daun yang diubahsuai yang kelihatan seperti gelang kecil wayar. Tembikai sebenar adalah bulat atau berbentuk seperti telur. Saiz dan teksturnya sangat berbeza-beza. Lebarnya mungkin 30 sentimeter atau lebih dan beratnya dari 1 hingga 4 kilogram. Warna buahnya berbeza-beza daripada samar kesumba dan kuning hingga kepada hijau muda atau hijau gelap. Isinya berair dan berwarna hijau, putih, kuning, jingga, samar, atau merah. | UMUM | |
ATI-ATI | DAUN ATI-ATI, (Coleus, iaitu C. amboinicus, C. atropurpureus dan C. blumei), sejenis tumbuhan renik semusim. Tumbuhan ati-ati ditanam kerana keindahan bentuk daun dan warna daunnya yang menarik. Kawasan asal Coleus ialah di bahagian Tropika Dunia Lama. 1"> | BUDAYA | Flora dan Fauna |