Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berita, khabar: tidak pernah kami dengar ~ bahawa manusia menjadi binatang; juru~ jurukhabar, wartawan; ~ berita berbagai-bagai berita; ~ harian surat khabar yg diterbitkan setiap hari; ~ kerajaan risalah yg diterbitkan oleh kerajaan utk menyiarkan undang-undang (pelantikan dll) yg telah disahkan oleh kerajaan; ~ sepekan Id majalah yg dikeluarkan seminggu sekali; ~ dibawa pikat dan langau sl perkhabaran yg belum sah, khabar angin; mewartakan memaklumkan, memberitahu­kan, mengkhabarkan: pemberita kita di Melaka ~ bahawa pemilihan johan bagi negeri itu telah selesai; terwarta telah diwartakan: teks ~; pewartaan perihal mewartakan, pemberitaan, pengkhabaran, pemberitahuan; pewarta orang yg memberitakan, pemberita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berita; khabar. ~ berita bermacam-macam berita. ~ harian surat khabar yg diterbitkan setiap hari. ~ kerajaan risalah yg diterbitkan oleh kerajaan utk menyiarkan undang-undang dll yg telah disahkan. mewartakan 1 memberitahukan: Wakil kita ~ bahawa persidangan itu telah berakhir. 2 menyiarkan sesuatu dlm warta kerajaan: Pindaan kpd peraturan itu belum diwartakan lagi. pewarta orang yg memberitakan; pemberita. wartawan orang yg kerjanya menulis rencana atau berita utk surat khabar dll: ~ bebas wartawan yg bebas menulis utk sebarang akhbar atau majalah. kewartawanan segala hal yg berkaitan dgn penerbitan dan penulisan surat khabar, majalah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
warta (kata nama)
Bersinonim dengan berita, khabar, cerita, laporan, maklumat, penulisan, siaran, urita;,
Kata Terbitan : mewartakan, pewartaan, pewarta, kewartawanan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
WARTA JENAKAWARTA JENAKA, akhbar mingguan terbitan Warta Malaya Press Ltd.  Akhbar ini menjadi cabang kedua kepada akhbar Warta Malaya, di samping Warta Ahad.  Ia mula diterbitkan pada 7 September 1936 dan mengandungi 30 halaman.  Akhbar ini diterbitkan selepas Warta Ahad mendapat sambutan hangat daripada masyarakat.  Pengendalian akhbar ini diketuai oleh Abdul Rahim Kajai.   Dia dibantu oleh Hashim Yunos, Ibrahim Mahmud, Ishak Haji Muhammad dan Osman Kelana.SASTERAKarya
WARTA AHAD

WARTA AHAD, akhbar mingguan. Akhbar setebal 28 halaman ini mula diterbitkan pada 5 Mei 1935 di Singapura oleh Warta Malaya Press Ltd.  Apabila mendapat sambutan baik, halamannya ditambah menjadi 36 halaman. Akhbar ini dijual dengan harga 15 sen senaskhah pada setiap petang hari Ahad.

SASTERAKarya
WARTA KINTA

WARTA KINTA, akhbar yang terbit di Ipoh, Perak.  Akhbar setebal 24 halaman ini mula diterbitkan oleh Persama Press, Pulau Pinang pada 24 Disember 1937.  Akhbar ini diterbitkan secara mingguan pada setiap Jumaat, hingga 10 Mei 1938.  Setelah 17 keluaran, penerbitannya terhenti.  Mulai terbitan 25 September 1939 hingga bulan Disember 1941, akhbar ini diterbitkan semula sebagai akhbar harian.  Pengarang dan penerbitnya ialah Raja Mansor bin Raja Abdul Kadir, seorang novelis prolifik sebelum Perang Dunia Kedua, dengan bantuan Haji Yang Hamzah.  Selepas keluaran 8 Mei 1940, pengurusan Warta Kinta diambil alih oleh Abd. Rahman bin Abd. Rahim dengan bantuan Ahmad Noor bin Abdul Shukoor.

SASTERAKarya
WARTA NEGARAWARTA NEGARA, akhbar bertulisan Jawi selepas Perang Dunia Kedua. Akhbar ini diterbitkan di Pulau Pinang pada 3 September 1945 oleh A. Jelani dan dicetak oleh Warta Negara Press, Pulau Pinang.  Akhbar ini berukuran 55 cm x 39 cm dan mengandungi enam halaman, kadangkala lebih dan kadangkala empat halaman sahaja.SASTERAPenerbitan
WARTA MALAYA

WARTA MALAYA, akhbar harian bertulisan Jawi sebelum Perang Dunia Kedua. Akhbar ini mula diterbitkan pada 1 Januari 1930.  Pada peringkat awal, akhbar ini diterbitkan oleh Anglo-Asiatic Press, di North Bridge Road, Singapura.   Mulai 1 Januari 1934, syarikat ini menukar namanya kepada Warta Malaya Press Limited dan pemiliknya masih tetap Syed Hussein Ali al-Sagoff, seorang hartawan berketurunan Arab.  Semasa pendudukan Jepun, penerbitan akhbar ini telah diambil alih oleh Jepun dan diterbitkan dalam tulisan Rumi.

SASTERAPenerbitan
KABA MINANGKABAU

KABA MINANGKABAU, satu bentuk sastera lisan Minangkabau, Secara etimologis perkataan kaba berasal daripada bahasa Arab “khabarun” yang bererti berita, warta atau khabar. Dalam perkembangannya kemudian, kaba tidak lagi berupa berita, tetapi merupakan cerita. Kaba berbentuk lirik prosa, berirama dan bermatra. Lirik kaba pula biasanya terdiri 8, 9 dan 10 suku kata.

SASTERAKarya
SAUDARA

SAUDARA, akhbar tulisan Jawi. Akhbar ini mula diterbitkan pada 29 September 1928 di Pulau Pinang.  Mulai tahun 1936, akhbar ini diterbitkan pada hari Rabu dan Sabtu.  Moto akhbar ini ialah “Warta Am, Pelajaran-Pengetahuan, Perkhabaran”.  Pada bahagian atas akhbar ini ditulis “Majulah Ke hadapan  Wahai Saudara.”

SASTERAPenerbitan
WAJAH SELONG

WAJAH SELONG, akhbar Melayu yang diterbitkan di Colombo, Sri Lanka.  Akhbar ini dicetak dalam tulisan Jawi dan diterbitkan pada bulan April 1895.  Wajah Selong diterbitkan pada masa yang sama dengan akhbar Jawi Peranakan (1876-1895) dan Pemimpin Warta (1897) yang menghentikan percetakannya.  Penerbit dan pengedar Wajah Selong ialah Baba Ounus Saldin, seorang sasterawan Melayu yang terkenal di Sri Lanka.  Dia juga bertanggungjawab menerbitkan akhbar Alamat Langkapuri yang juga bertulisan Jawi di Sri Lanka.  Baba Ounus Saldin menulis dan mengatur semua kandungannya,  Wajah Selong dicetak dengan cap batu dan litograf di pejabat percetakan kepunyaannya sendiri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
BERITA MALAIBERITA MALAI,  akhbar harian bertulisan Rumi yang diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.  Akhbar ini ditertibkan di Singapura (Syonan-To) pada 1 Januari 1943 oleh Malal Shimbun Sha (Syarikat Persuratkhabaran Melayu).  Penerbitannya adalah sebagai satu usaha untuk menyatukan beberapa buah akhbar yang masih erbit pada masa itu, seperti Utusan Melayu  dan Warta Malaya supaya menjadi sebuah akhbar yang diletakkan di bawah pengawasan pihak Jepun.  SASTERAKitab
DATUK SUTAN MAHARADJA

DATUK SUTAN MAHARADJA (1860 -1921), pelopor persuratkhabaran Melayu di Sumatera, Indonesia. Dia lahir di Sulit Air, Sumatera, Indonesia. Dia bersekolah Eropah di Kota Padang pada tahun 1873. Meskipun tidak tamat, dia belajar hukum daripada seorang jaksa dan peguam. Pada tahun 1882, Datuk Sutan Maharadja dilantik sebagai pembantu jaksa di Indrapura dan sebagai jaksa di Padang dan Pariaman, hingga tahun 1891. Dia bekerja sebagai wartawan Palita Ketjil, akhbar Melayu yang tertua di Sumatera (pertama terbit awal 1880-an). Melalui Palita Ketjil, dia melawan pemikiran agama yang antitarekat dan adat matrilineal yang disuarakan oleh seorang ulama Minangkabau, Syekh Ahmad Chatib. Pada tahun 1895, dia bekerja dengan Warta Berita, dan pada tahun 1904, dia bekerja dengan Tjaja Soematera. Melalui akhbar ini, dia melancarkan ‘revolusi adat demokratis’ melawan keabsahan kedudukan Tuanku Panglima Regen, penguasa peribumi tertinggi dan bangsawan Padang.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas