WAWASAN 2020 | WAWASAN 2020, wawasan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara industri maju menurut acuan sendiri menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 dicetuskan oleh Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, dalam ucapannya yang bertajuk “Malaysia Melangkah Ke Hadapan” yang dibentangkan dalam sidang pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991 di Kuala Lumpur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kegiatan |
SKIM AMANAH SAHAM WAWASAN 2020 | SKIM AMANAH SAHAM WAWASAN 2020, skim saham amanah yang ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk golongan yang berumur antara 12 tahun hingga 29 tahun. Skim Amanah Saham wawasan 2020 (ASW 2020) terbuka kepada semua kaum dengan tujuan untuk mengukuhkan perpaduan nasional dan mendorong pembinaan bangsa Malaysia. ASW 2020 dilancarkan secara rasmi pada 28 Ogos 1996 oleh Dato’ Seri Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, selaku Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputera. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
TATA | Tata ialah nama sebuah keluarga ternama dalam industri dan perdagangan di India. Jeejibhoy Jamshedji Tata (1783–1859) ialah usahawan utama. Dia lahir daripada keluarga Parsee yang miskin di negeri Baroda yang beraja. Dia mendapat kekayaan dalam bidang perniagaan eksport kerana wawasan komersial dan kerja keras. Dia juga yang memulakan tradisi keluarganya sebagai penderma kerja amal. | UMUM | |
KINSEY, ALFRED CHARLES | Kinsey, Alfred Charles (1894–1956), ahli biologi Amerika. Dia ialah salah seorang ahli sains pertama yang membuat kajian tentang tingkah laku seksual manusia. Kajiannya yang bermula pada akhir tahun 1930-an, menyumbangkan wawasan penting kepada perhubungan seksual antara manusia. | UMUM | |
MACARTHUR, JOHN | Macarthur, John (1767–1834), mengasaskan industri bulu biri-biri di Australia. Dia tiba di New South Wales pada tahun 1790, sebagai pegawai tentera British. Pada waktu itu kerajaan British menganggap koloni tersebut semata-mata sebagai sebuah petempatan penal dan peneroka yang tiba terpaksa berusaha sendiri untuk menampung hidup mereka. Macarthur mempunyai wawasan yang berbeza. Dia percaya bahawa peneroka yang telah dibebaskan boleh mengembangkan perdagangan dan pertanian di New South Wales dan menjadikan diri mereka dan koloni tersebut kaya. Dia berpegang kuat kepada kepercayaan ini dan berjuang untuk menjayakannya sepanjang hidupnya. Dia berjuang tanpa kompromi dan dengan perasaan yang sombong. Akibatnya, dia mempunyai sedikit sahabat dan banyak musuh. | UMUM | |
SILLITOE, ALAN | Sillitoe, Alan (1928 – ) ialah pengarang dan penulis drama British yang terkenal dengan novel pertamanya, Saturday Night and Sunday Morning (1958) yang mengisahkan perihal kehidupan masyarakat pekerja kelas bawahan. Kemudian, dia menghasilkan pula koleksi cerita The Loneliness of the Long Distance Runner (1959). Cerita utamanya, yang memberikan judul kepada buku ini, menonjolkan wawasan minda seorang budak lelaki yang berada di sekolah boarstal. Sillitoe seterusnya menulis drama, puisi, beberapa banyak cerita pendek, dan novel. Antaranya termasuk Three Plays (1978), The Rats and Other Poems (1960), The Ragman’s Daughter (1963), dan The Victory (1982). Saturday Night and Sunday Morning dan The Loneliness of the Long Distance Runner telah dijadikan filem dan diminati ramai. | UMUM | |
YAYASAN TUN ABDUL RAZAK | YAYASAN TUN ABDUL RAZAK, yayasan kebangsaan yang ditubuhkan bagi meneruskan wawasan Tun Abdul Razak semasa hayatnya. Antara hasrat terutamanya ialah membasmi kemiskinan di kalangan semua rakyat jelata, terutama di luar bandar. Setelah pemergiannya para sahabat merasakan bahawa salah satu usaha untuk menyambung dan melanjutkan perjuangannya adalah dengan menubuhkan yayasan yang akan mendukung wawasannya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |