ACADEMY OF MOTION PICTURE ARTS AND SCIENCES, | Academy of Motion Picture Arts and Sciences, pertubuhan sukarela. Akademi ini ditubuhkan pada tahun 1927 di Hollywood, Amerika Syarikat. Keahliannya berjumlah 4700 mewakili yang terkemuka dalam setiap peringkat kegiatan pembikinan filem. Tujuan akademi ini adalah membangunkan seni dan sains wayang gambar, mewujudkan kerjasama dalam industri demi kemajuan dalam bidang kebudayaan, pendidikan dan teknologi, dan mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam industri ini dengan anugerah tahunan. | UMUM | |
TOK PERAK | TOK PERAK, drama karya Syed Alwi. Tok Perak diterbitkan pada tahun 1974 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Drama ini telah memenangi Hadiah Sastera Malaysia tahun 1974 bagi kategori drama. Drama ini mula dipentaskan pada tahun 1975. Tok Perak menggabungkan pelbagai elemen seni iaitu tarian, wayang kulit, wayang gambar dan slaid. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
KOBOI | Koboi ialah orang yang membantu menjaga sekawanan besar lembu untuk pemilik ladang ternak. Di Amerika Syarikat, koboi menjadi masyhur pada zaman sempadan Barat dahulu. Reputasi kerana berani menghadapi bahaya dan kesusahan menjadikan mereka wira kepada banyak orang Amerika. Kisah-kisah yang menyeronokkan tentang kehidupan koboi, nyanyian koboi yang merawan hati, dan bahasa koboi yang berwarna-warni semuanya telah menjadi sebahagian daripada cerita rakyat Amerika. Kebanyakan novel, pertunjukan wayang gambar, dan televisyen yang paling popular adalah tentang koboi. | UMUM | |