Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.yar.lés] | وايرليس

Definisi : (wayarlés)1. tidak melalui kawat tetapi melalui gelombang elektromagnet di udara (utk menghantar berita); 2. alat yg digunakan utk menghantar atau menerima berita dll tanpa melalui kawat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.yar.lés] | وايرليس

Definisi : /wayarlés/ alat utk menghantar atau utk menerima berita dll melalui gelombang udara (tidak melalui kawat). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wayarles


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DE FOREST, LEE

De Forest, Lee (1873–1961) ialah pencipta

Amerika yang mempelopori telegraf wayarles dan

penyiaran radio. Dia memperoleh paten untuk

lebih daripada 300 ciptaan. Dia mempatenkan tiub

vakum yang dikenali sebagai triod atau audion,

pada tahun 1907. Ciptaan ini dianggap sama

penting dengan ciptaan radio itu sendiri (lihat Tiub

vakum).

UMUM 
MARCONI, GUGLIELMO

Marconi, Guglielmo (1874–1937) ialah pencipta

dan jurutera elektrik Itali yang terkenal di peringkat

antarabangsa kerana peranannya dalam

memajukan telegraf wayarles, atau radio (lihat

Radio).

UMUM 
S O S

S O S ialah isyarat meminta pertolongan yang

diterima dari kapal yang berada dalam kecemasan.

Huruf ini tidak membawa makna tertentu dan

dipilih hanya kerana huruf ini merupakan huruf

paling mudah dihantar melalui wayarles. Ia terdiri

daripada tiga titik, tiga sempang, dan tiga titik.

UMUM 
SISTEM PENYIARAN MALAYSIA

SISTEM PENYIARAN MALAYSIA, sistem penyebaran maklumat di Malaysia.  Sistem penyiaran di Malaysia mengambil kira faktor politik, ekonomi, sosial dan teknologi telekomunikasi dan penyiaran.  Sejarah menunjukkan bahawa bidang penyiaran di Malaysia bermula dengan radio wayarles yang diterokai dan dipengaruhi British pada dekad 1920-an.  Bermula sebagai hobi di kalangan peminat radio amatur British dan sekumpulan rakyat tempatan, akhirnya menjadi suatu industri yang berkembang pesat selari dengan kehendak pasaran serta evolusi teknologi komunikasi mutakhir.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MISI PEDALAMAN AUSTRALIA

Misi Pedalaman Australia ialah organisasi yang

menyediakan bantuan kepada penduduk di kawasan

pedalaman Australia. Misi Pedalaman Australia ini

ditubuhkan oleh Gereja Presbyterian pada tahun

1912, selepas suatu laporan tentang kawasan

pedalaman dibuat oleh salah seorang paderinya,

John Flynn. Flynn kemudian menjadi penyelenggara

dan pengawas kerja misi ini. Paderi rondaan

pedalaman yang pertama – Robert Bruce Ploughman

di Australia Selatan dan William James Stephens di

Australia Barat –memulakan kerja mereka pada tahun

1913. Pada tahun 1928, misi ini menubuhkan

Perkhidmatan Perubatan Udara. Pada tahun

berikutnya, peti wayarles berpedal yang pertama

dipasang di Augustus Downs, di utara Queensland.

Pada tahun 1939, Perkhidmatan Perubatan Udara itu

menjadi Perkhidmatan Doktor Terbang.

UMUM 
MOHAMAD ARIS AHMAD

MOHAMAD ARIS AHMAD (1935-      ), ahli politik dan ahli perniagaan.  Dia lahir di Johor Baru, Johor.  Dia mendapat pendidikan awal di English College Johor dari tahun 1945 hingga tahun 1951.  Selepas tamat persekolahan, dia menyertai Pasukan Tentera Hutan yang lebih dikenal sebagai Jungle Company dan bertugas sebagai operator wayarles.  Pasukannya sering ditugaskan untuk mengawasi kawasan hutan di Perak dan Kelantan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TESLA, NIKOLA

Tesla, Nikola (1856–1943), jurutera elektrik yang

umumnya terkenal sebagai pencipta motor aruhan.

Semasa masih belajar, dia telah mereka sebuah

motor tanpa penukar tertib. Tesla mencipta sebuah

motor bergegelung tersusun yang apabila

gegelung-gegelung itu tidak sejalan, arus ulang-alik

membekalkan tenaga dari medan magnet yang

dihasilkannya berputar pada kelajuan seperti yang

ditentukan terlebih dahulu. Lihat Motor elektrik.

Tesla mempatenkan motor medan berputar ini

pada tahun 1888. Dia memperkenalkannya ketika

motor yang seperti itu dicari untuk alat sokongan

kepada arus ulang-alik. Dia menjualnya kepada

syarikat George Westinghouse yang

memajukannya menjadi motor komersial.

Tesla turut memajukan medan voltan tinggi dan

radas frekuensi. Dia mencipta gegelung Tesla,

suatu sistem pencahayaan arca, penjana arus

frekuensi tinggi dan sebuah sistem penghantaran

wayarles.

UMUM 

Kembali ke atas