Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.zir] | وازير

Definisi : sl menteri, perdana menteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.zir] | وازير

Definisi : menteri; perdana menteri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wazir (kata nama,)
Bahasa Asal :sastera lama
Bersinonim dengan menteri, perdana menteri, mangkubumi, bendahara, patih.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PANGERAN BENDAHARA

PANGERAN BENDAHARA, salah satu jawatan wazir dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei.  Sejak zaman pemerintahan Sultan Hassan (m.m. 1605-1619), dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei terdapat empat orang wazir, iaitu Duli Pangeran Bendahara, Duli Pangeran Digadong, Duli Pangeran Temenggung dan Duli Pangeran Pemanca.  Di bawah wazir, terdapat 60 ceteria (sateria), iaitu empat kepala ceteria, lapan ceteria besar, 16 ceteria pengelasan, dan 32 ceteria damit (kecil).  Di bawah ceteria, terdapat jawatan kesetiawanan daripada kalangan rakyat biasa.  Jawatan tertinggi ialah Pehin Datu Perdana Menteri (1), Ketua Menteri (2), Kepala Menteri (4), Menteri Pengelasan Besar (8), Menteri Pengelasan Biasa (16) dan Menteri Pengelasan Damit-kecil (32).  Beberapa jawatan Menteri Dagang juga diwujud dan dikurniakan kepada orang asing, misalnya Datu Saudagar, ketua orang India dan Kapitan Cina, gelaran kepada ketua orang Cina.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
PANGERAN DIGADONG

PANGERAN DIGADONG, salah satu jawatan wazir dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei.  Gelaran penuh wazir ini ialah Duli Pangeran Digadong Sahibul Mal. Jawatan ini wujud sejak pemerintahan Sultan Hassan (m.m. 1605-1619).  Fungsi dan tanggungjawab Pangeran Digadong ialah mengurus dan mentadbir khazanah negara, mengawasi kedudukan dan perjalanan hasil negeri serta kesejahteraan sosial rakyat. Dalam melaksanakan tugas ini, Pangeran Digadong berkewajipan mendengar dan menerima segala aduan rakyat dan membuat laporan untuk dipersembahkan kepada sultan dan memberi nasihat bagaimana sesuatu masalah itu boleh diatasi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
PEMANCA

PEMANCA,  satu gelaran atau jawatan penting dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Brunei.  Bagi Negara Brunei Darussalam, gelaran pemanca wujud dalam sistem pentadbirannya sejak pemerintahan Kesultanan Melayu Islam pada awal abad ke-13.   Mengikut salasilah raja-raja Brunei, gelaran Pangeran Pemanca mula diadakan pada masa pemerintahan Sultan Hassan (m.m. 1582 – 1598).  Sebelum baginda, gelaran wazir yang ada warisan daripada Sultan Muhammad Syah (Awang Alak Betatar) ialah bendahara dan temenggung.  Sultan Hasan menambah dua orang lagi wazir, iaitu Pengeran Digadong dan Pangeran Pemanca.  Daripada bukti lisan dan Syair Awang Semaun, gelaran pangeran sebelum gelaran wazir mungkin diterapkan dalam adat diraja Brunei sezaman dengan Sultan Muhammad Syah.  Gelaran itu dipercayai adalah pengaruh Majapahit di Jawa.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
PANGERAN SYAHBANDAR SAHIBUL BANDAR

PANGERAN SYAHBANDAR SAHIBUL BANDAR, salah seorang ceteria dalam hierarki pemerintahan tradisi KesuItanan Brunei.  Di Brunei Darussalam, pembesar negeri di bawah Sultan dan Yang Di-Pertuan digelar wazir, ceteria dan menteri.  Dalam adat diraja Brunei yang menjadi warisan turun-temurun, terdapat empat orang wazir, 60 orang ceteria dan 60 orang menteri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
CETERIA

CETERIA, golongan kedua selepas wazir dalam hierarki Kesultanan Brunei. Kewujudan dan kesinambungan Kesultanan Brunei sedikit sebanyak bergantung pada sokongan mereka. Golongan ceteria menjadi ‘pasak’ kepada piramid kesultanan.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas