Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wé.sel] | ويسل

Definisi : (wésel) IB 1. = pos ~ surat utk mengirim wang kpd seseorang (syarikat dsb) yg dikeluarkan oleh pejabat pos; 2. surat ~ surat yg membolehkan seseorang mengambil wang yg dikirimkan (di pejabat pos). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wé.sel] | ويسل

Definisi : (wésel)IB alat utk mengalihkan rel kereta api di persimpangan (persambungan) rel; salah ~ bp salah faham, salah pengertian, keliru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wesel


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MEMERANG

Memerang adalah anggota famili wesel.

Memerang hidup berhampiran air dan

menghabiskan banyak masa di dalam air.

Memerang adalah pakar renang dan menyelam,

dan boleh menyelam dalam air selama tiga atau

empat minit. Ia bergerak canggung di darat.

UMUM 
SABEL

Sabel ialah haiwan kecil dalam famili wesel. Sabel

hidup dari timur Rusia merentasi Siberia dan

Mongolia hingga ke Hokkaido, di utara Jepun. Ia

berkaitan rapat dengan marten pain Amerika Utara,

yang juga dikenali sebagai sabel Amerika (lihat

Marten ).

UMUM 
TAYRA

Tayra ialah anggota yang besar dalam famili

wesel . Ia hidup di hutan tropika dari Mexico

hingga ke Argentina. Kebanyakan tayra berbulu

hitam atau perang tua dengan tompok putih atau

kuning di dadanya. Bulu di kepalanya beransur-ansur

berubah menjadi perang atau kelabu apabila

haiwan ini semakin tua. Tayra dewasa beratnya

lebih kurang lima kilogram dan panjangnya lebih

kurang 105 sentimeter, termasuk ekornya

sepanjang lebih kurang 40 sentimeter.

UMUM 
STOAT

Stoat ialah haiwan kecil yang hidup di kawasan

utara di Hemisfera Utara. Ia juga telah diperkenalkan

ke New Zealand. Stoat adalah anggota famili wesel.

Bulunya yang putih pada musim sejuk dikenali

sebagai ermin. Nama ini juga diberikan kepada

banyak haiwan ini di Amerika Utara.

UMUM 

Kembali ke atas