Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj 1. in or facing the west, barat: the building is on the ~ side of the street, bangunan itu terletak di sebelah barat jalan itu; the ~ coast, pantai barat; W~ Malaysia, Malaysia Barat; 2. (of wind) coming from the west, baratan: a ~ wind, angin baratan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adv 1. towards the west, ke barat: my room faces ~, bilik saya menghadap ke barat; they live a hundred miles ~ of the town, mereka tinggal seratus batu ke barat bandar itu; we decided to travel ~, kami mengambil keputusan utk mengembara ke barat; 2. to the west of a place or thing, di (sebelah) barat: the plains that lie ~ of the mountain, dataran yg terletak di sebelah barat gunung itu; the village lay ~ of the hills, kampung itu terletak di sebelah barat bukit-bukau itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. direction towards which the sun sets, barat: the border is a few miles to the ~, sempadan itu terletak beberapa batu sahaja ke barat; the war that actually started in the ~, peperangan yg sebenarnya bermula di barat; the sun rises in the east, and sets in the ~, matahari terbit di timur dan tenggelam di barat; 2. the western part of a country, /sebelah, bahagian/ barat: much of the fighting was in the ~, sebahagian besar pertempuran itu berlaku di bahagian barat. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : go ~, (humorous) a. die, masuk kubur; b. be damaged or ruined, jadi /binasa, rosak/; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata west

Peribahasa

260

East, west, home's the best

Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri

My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, east, west, home's the best.

Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
THE WEST COUNTRY

The West Country ialah bahagian barat daya

England . Ia merangkumi kaunti Somerset, Devon

dan Cornwall. Sesetengah orang turut

memasukkan Avon dan Gloucestershire. The West

Country pada keseluruhannya ialah kawasan luar

bandar yang rendah. Pertanian dan pelancongan

ialah pekerjaan utama, tetapi kawasan ini

mempunyai pelbagai jenis industri pembuatan,

perlombongan dan kejuruteraan.

UMUM 
SACKVILLE-WEST, VICTORIA MARY

Sackville-West, Victoria Mary (1892–1962) ialah

penulis wanita Inggeris. Bukunya menggambarkan

latar belakang keluarganya, daripada golongan

bangsawan luar bandar. Dia sering dikenali sebagai

Vita Sackville-West. Novelnya yang terkenal, The

Edwardians (1930), menyelidik kehidupan kelas

atasan orang Inggeris semasa pemerintahan Edward

VII pada awal tahun 1900-an. Dengan

berlatarbelakangkan kawasan luar bandar, buku

tersebut cuba menggambarkan aspek sosial dan

emosi pada masa tersebut. Dia juga menulis tentang

kehidupan luar bandar dalam novel All Passion Spent

(1931) dan The Dark Island (1934); dalam buku bukanfiksyen

Country Notes (1939), English Country Houses

(1941) dan In Your Garden (1951); dan dalam banyak

puisi. Buku puisinya yang terkenal ialah The Land

(1929).

UMUM 
NORTH WEST

North West ialah satu daripada sembilan provinsi

di Afrika Selatan. Ia disempadani oleh Botswana di

utara. Provinsi ini ditubuhkan pada 27 April 1994. Ia

termasuk bahagian bekas provinsi Transvaal dan

Cape dan kebanyakan bekas tanah air

Bophuthatswana . Mmabatho ialah ibu provinsi North

West. Bandar utama dan pekannya adalah Mafikeng,

Kelrksdorp, Potchefstroom, dan Rustenburg.

UMUM 
KEY WEST

Key West, Florida (pend. 24 832) ialah bandar

paling selatan di benua Amerika Syarikat. Bandar

ini terletak di sebuah pulau batu karang lebih

kurang 160 kilometer di sebelah barat daya

tanah besar.

UMUM 
MMABATHO

Mmabatho ialah ibu provinsi North West di

Afrika Selatan. Mmabatho terletak kira-kira 25

kilometer ke selatan sempadan Bostwana dengan

North West. Mmabatho bererti “Ibu kepada

Penduduk”. Bandar ini ialah pusat kerajaan

Bophuthatswana yang menyertai Afrika Selatan

pada tahun 1994. Kini Mmabatho ialah pusat

petempatan, pentadbiran, dan komersial. Lihat

North West.

UMUM 
SPENGLER, OSWALD

Spengler, Oswald (1880–1936) ialah ahli falsafah

sejarah Jerman. Dalam The Decline of the West

(1918–1922), dia menyatakan bahawa kunci kepada

sejarah ialah undang-undang kemasyarakatan dan

ketamadunan, yang bangkit dan jatuh dalam

kitaran. Menggunakan spekulasi dan rasa hati lebih

daripada kaedah sejarah yang tetap, dia

merumuskan bahawa tamadun Barat sedang

menuju kehancuran [lihat Tamadun (Mengapa

tamadun bangkit dan runtuh)]. Spengler lahir di

Blankenburg.

UMUM 
OAKLEY, ANNIE

Oakley, Annie (1860–1926) ialah penembak tepat

Amerika yang terkenal (pakar menggunakan

senapang) yang membintangi pertunjukan Buffalo

Bill’s Wild West selama lebih 16 tahun. Dia dibantu

oleh suaminya, Frank Butler, dan lakonannya

termasuk menembak duit syiling yang dipegang

oleh suaminya atau menembak rokok di mulut

suaminya. Oakley juga boleh menembak kad yang

dilontarkan ke udara dari sejauh 25 meter.

UMUM 
PROVINSI UTARA

Provinsi Utara ialah provinsi yang paling utara

di Afrika Selatan. Ia berkongsi sempadan negeri

dengan Botswana, Zimbabwe, dan Mozambique,

dan sempadan provinsi dengan North West,

Gauteng, dan Mpumalanga. Provinsi ini diasaskan

pada 27 April 1994 sebagai Transvaal Utara. Pada

tahun 1995, namanya bertukar menjadi Provinsi

Utara. Bandar dan pekan utama ialah Pietersburg,

Seshego, Namakgale, dan Mahwelereng.

UMUM 
NYE, BILL

Nye, Bill (1850–1896), penulis satira lucu Amerika

yang popular. Dia menjadi masyhur kerana

kemahiran menulis esei dan anekdot (cerita ringkas)

tentang pelbagai subjek daripada American West

kepada kewartawanan. Nye juga merupakan

pensyarah komik yang berjaya.

UMUM 
SHEPARD, SAM

Shepard, Sam (1943– ), penulis drama dan

pelakon filem Amerika. Dramanya yang terkenal

menggambarkan masyarakat Amerika sebagai

mati, merosot, atau mengalami kemusnahan.

Kebanyakan karya Shepard menggabungkan

simbolisme dan amalan dengan unsur kebudayaan

popular, seperti Wild West, muzik rock, cerita

detektif, dan pawagam. Shepard berlakon dalam

beberapa buah filem, termasuklah Days of Heaven

(1978), Frances (1982), The Right Stuff (1983), dan

Country (1984).

UMUM 
12

Kembali ke atas