ORKES TALA WIJAYA | | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
PUTU WIJAYA | PUTU WIJAYA (1944 - ), penulis Indonesia. Dia lahir pada bulan April 1944 di Puri Anom, Tabanan, Bali, Indonesia. Nama sebenarnya ialah I Gusti Ngurah Putu Wijaya. Putu mula bergiat dalam bidang sastera semenjak di Sekolah Menengah Atas Singaraja, Bali. Kemudian dia semakin aktif menulis semasa di Fakultas Undang-Undang, Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta. Di Yogyakarta, Putu menganggotai Bengkel Teater Rendra (1967 – 1969). Di Jakarta, dia mula menganggotai Teater Kecil Ariffin C. Noer dan Teater Popular Teguh Karya (1969 – 1972), sebelum mendirikan kelompok Teater Mandiri. Pengalaman teaternya diperkaya dengan pengalaman yang diperoleh dari luar negara. | SASTERA | Tokoh |
WIJAYA MALA | WIJAYA MALA (1923-1980), penulis. Nama sebenarnya ialah Abu Yazid bin Abidin. Dia lahir pada 23 Oktober 1923 di Bota Kiri, Parit, Perak. Dia juga dikenali dengan nama Novelis al-Timuri dan Ahmad Jadid. Wijaya Mala tergolong dalam penulis ASAS 50. | SASTERA | Penerbitan |
GRES | GRES, kumpulan 17 cerpen karya Putu Wijaya. Kumpulan cerpen ini diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta pada tahun 1982. Cerpen yang terhimpun dalam kumpulan ini memperlihatkan suatu kecenderungan baharu dalam penampilan karya-karya Putu Wijaya iaitu jagat raya realiti yang berbaur dengan jagat impian yang saling menyatu dan amat sukar untuk melihat batas pemisahnya. Dari sudut ini, cerpen Putu Wijaya harus dirujuk pada hakikat cereka sebagai lojik cereka bahawa realitinya adalah realiti imaginatif. | SASTERA | Karya |
TELEGRAM | TELEGRAM, novel karya Putu Wijaya. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara mengarang novel yang diselenggarakan oleh Panitia Tahun Buku Internasional 1972. Telegram telah diterbitkan pada tahun 1973 oleh Pustaka Jaya, Jakarta. | SASTERA | Karya |
RAJA HAJI | RAJA HAJI (1730-an-1784), Yang Dipertuan Muda Riau yang keempat (1777-1784). Raja Haji juga dikenal sebagai Engku Kelana, Pangeran Suta Wijaya dan Almarhum Mangkat di Teluk Ketapang. Raja Haji adalah anak Daeng Celak, Yang Dipertuan Muda Riau yang Kedua. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAMLI ISIN | RAMLI ISIN (1939- ), penulis. Dia lahir pada 30 Mac 1939 di Kampung Seliau, Seremban, Negeri Sembilan. Di samping namanya, dia juga pernah menggunakan nama pena Wijaya R. Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Seliau dan Sekolah Melayu Jalan Channer, Seremban. Selepas itu, Ramli melanjutkan pelajarannya di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim (1957-1960) | SASTERA | Tokoh |
PUTERI SA'ADONG | Puteri Sa’adong ( ? - ? ) ialah isteri kepada Raja Abdullah, pemerintah kerajaan Jembal ke-3 iaitu sebuah kerajaan di timur negeri Kelantan, pada abad yang ke-17. Puteri Sa’adong adalah puteri kepada Raja Luyor, iaitu raja ke-2 yang memerintah Jembal. Perihal kecantikan Puteri Sa’adong tersebar luas hingga ke negeri Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayung, iaitu negeri yang diperintah oleh Cik Siti Wan Kembang yang berpusat di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan. Puteri Sa’adong yang juga dikenali sebagai Puteri Wijaya Mala dijadikan anak angkat oleh Cik Siti Wan Kembang. | UMUM | |
SUARA TUJUH | SUARA TUJUH, antologi puisi. Antologi ini mengandungi 49 buah puisi karya tujuh orang penyair iaitu Usman Awang, Kassim Ahmad, Baha Zain, Kemala, Mokhtar Yassin, Sri Ana (Salleh Haji Yusof) dan Ma’arof Sa’ad. Suara Tujuh disusun oleh Usman Awang bersama-sama Ma’arof Sa’ad dan diterbitkan oleh Syarikat Wijaya, Johor Bahru pada tahun 1969. setiap penyair menyumbang tujuh buah puisi yang ditulis antara tahun 1958 hingga tahun 1969. Antologi ini diberi kata pengantar oleh Syed Husin Ali. | SASTERA | Karya |
W.S. RENDRA | W.S. RENDRA (1935 - ), penyair Indonesia. Dia lahir pada 7 November 1935 di Solo, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Willibrordus Surendra Broto. Selepas memeluk agama Islam, dia menukar namanya kepada Wahyu Sulaiman. Rendra mendapat pendidikan di Fakulti Sastra, Universitas Gadjah Mada, Indonesia dan American Academy of Dramatical Arts, Amerika Syarikat. Setelah kembali ke Indonesia pada tahun 1968, dia menubuhkan Bengkel Teater. Antara muridnya ialah Putu Wijaya. Melalui Bengkel Teaternya, Rendra menghasilkan teater yang lain daripada drama biasa. | SASTERA | Tokoh |