Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wilkinson


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
WILKINSON, R.J.penyusun kamus, penyelidik dan penulis bahasa Melayu.BAHASATokoh
EJAAN RUMI WILKINSON

EJAAN RUMI WILKINSON, sistem ejaan Rumi yang pertama bagi bahasa Melayu di Persekutuan Tanah Melayu. Sistem  ejaan ini hasil daripada usaha yang dilakukan  oleh kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang) yang membentuk sebuah Jawatankuasa  Ejaan Rumi, diketuai oleh R.J. Wilkinson, pada tahun 1904. Sistem ejaan tersebut kemudiannya diberi nama Sistem Ejaan Rumi Wilkinson. Sistem tersebut digunakan dalam A Malay English Dictionary (Romanised) yang disusun oleh R.J. Wilkinson, kemudian menjadi dasar kepada Sistem Ejaan Rumi Za’ba atau Sistem Ejaan Sekolah.

BAHASABahasa
A MALAY-ENGLISH DICTIONARY (ROMANISED)

 MALAY-ENGLISH DICTIONARY (ROMANISED), kamus dwibahasa Melayu-Inggeris yang disusun oleh R.J. Wilkinson, diterbitkan pada tahun 1932 oleh penerbit Salavopoulos and Kinderlis di Mytilene, Greece.

BAHASAKonsep
KAMUS JAWI-MELAYU-INGGERIS

KAMUS JAWI-MELAYU-INGGERIS,  kamus yang disusun dan dihasilkan oleh R.J. Wilkinson, pegawai pentadbir British di Lumut, Perak pada tahun 1903. Judul asal kamus ini ialah A Classic Jawi-Malay-English Dictionary dan diterbitkan semula oleh Penerbit Baharudinjoha, Alai, Melaka pada tahun 1985 dengan judul Manuskrip Klasik Kamus Jawi-Melayu-Inggeris. Kamus Jawi-Melayu-Inggeris setebal 785 halaman ini menggunakan dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam aksara Jawi dan Rumi. Pada tahun 1932, edisi kedua kamus ini diterbitkan dengan judul A Malay-English Dictionary tanpa tulisan Jawi.

BAHASAPenerbitan
TALIBUN

TALIBUN, genre puisi Melayu tradisional.  Perkataan talibun menggantikan istilah bahasa berirama yang digunakan oleh R.O. Winstedt yang dirasakan terlalu umum untuk suatu bentuk puisi yang sebenarnya mempunyai identitinya sendiri.  Dalam kamus Wilkinson, talibun bermakna `satu untai atau urutan pantun-pantun’ atau `pantun setalibun’; atau sejenis puisi yang rima akhirnya serima.  Beberapa pengkaji lain menggunakan talibun untuk pantun yang lebih daripada empat larik serangkap; misalnya yang enam, lapan, sepuluh dan seterusnya dalam serangkap.

SASTERAKonsep
MAKTAB MELAYU MELAKA

MAKTAB MELAYU MELAKA, maktab perguruan. Maktab ini ditubuhkan di Melaka pada 1 Mac 1900 dengan Mr. S.E. Codrington sebagai pengetuanya yang pertama. Penubuhan maktab ini diusahakan oleh R.J. Wilkinson, Pemangku Nazir Sekolah-sekolah Negeri-Negeri Selat (1898–1909).

 

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MIR HASSAN

MIR HASSAN (   ?   -   ?   ), penglipur lara Melayu.  Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Dia ialah menantu Pawang Ana. Mir Hassan dan Pawang Ana merupakan tokoh penglipur lara Melayu awal yang mendapat perhatian pentadbir British di Tanah Melayu, terutamanya R.J. Wilkinson dan R.O. Wintedt yang berminat mengkaji kesusasteraan Melayu lama.  Tiga buah cerita lipur lara yang dituturkan oleh Mir Hassan ialah Raja Donan, Hikayat Seri Rama dan Raja Ambung.  Rangka cerita Raja Donan yang dituturkan oleh Mir Hassan menyerupai bentuk rangka cerita tuturannya yang lain. 

SASTERATokoh

Kembali ke atas