Sacagawea (1787?–1812), wanita Orang Asli Shoshone yang mengiringi ekspedisi Lewis dan Clark pada tahun 1805 dan tahun 1806. Ekspedisi tersebut, iaitu penjelajahan awal bahagian barat laut Amerika Syarikat, diketuai oleh pegawai Angkatan Tentera A.S., Meriwether Lewis dan William Clark. Sacagawea selalu digambarkan dalam seni dan kesusasteraan sebagai pemandu wirawan ekspedisi yang berani. Tetapi sebenarnya sumbangannya, walaupun penting, adalah lebih terhad. Nama Sacagawea bererti Wanita Burung . Ia juga dieja sebagai Sacajawea . |