Argyll dan Bute (pend. 65 100) ialah sebuah kawasan kerajaan tempatan di barat Scotland. Kawasan ini ialah tapak monumen bersejarah, termasuk kubu prasejarah, kubur Zaman Gangsa, lingkaran batu tegak, dan biara purba. Landskapnya yang indah dan garis pantai yang meluas menarik ramai pelancong. Satu per empat daripada penduduknya tinggal di pulau terutamanya Bute, Islay, dan Mull. Bandar utama termasuk Campbelltown, Dunoon, Lochgilphead, Oban, dan Rothesay. Kebanyakan penduduk bekerja dalam industri perkhidmatan dan selalunya berkaitan dengan pelancongan. Aktiviti lain yang penting termasuk pertanian, perhutanan, perikanan, penternakan ikan, dan pengeluaran wiski malt. |