Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : huruf ke-14 dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol Î, î. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata xi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
XI’AN

Xi’an (pend. 2 280 000), juga dieja Xian atau Sian,

ialah ibu negara dan bandar terbesar Provinsi

Shaanxi di China.

UMUM 
XI JIANG

Xi Jiang, juga dieja Hsi Chiang, ialah sungai

yang terpenting di selatan China. Sungai ini

bermula di sempadan wilayah Yunan dan

Guizhou dan mengalir ke arah tenggara sejauh

2655 kilometer ke muara Sungai Zhujiang

(Sungai Mutiara), yang memisahkan Tanah Besar

China dari Hong Kong.

UMUM 
ABU ABDULLAH

Abu Abdullah ( ? –1533?), dalam bahasa Inggeris

dikenali sebagai Boabdil ialah Raja Moor yang

terakhir di Granada yang kini sebuah wilayah di

selatan Sepanyol. Nama Arabnya ialah Abu Abdullah.

Abu Abdullah juga digelar sebagai “si kerdil” dan

memerintah dengan gelaran Muhammad XI. Pada

tahun 1482, baginda merampas takhta daripada

ayahnya. Baginda seorang raja yang zalim dan tidak

adil. Pada tahun 1492, tentera Ferdinand dan Isabella,

pemerintah Castile dan Aragon, menyerang Granada

dan mengalahkan Abu Abdullah. Semasa Abu

Abdullah meninggalkan kerajaannya yang telah

hilang itu, baginda menoleh untuk melihat

kerajaannya kali yang terakhir. Tempat baginda

berhenti untuk menoleh itu masih ditunjukkan

kepada pelancong sebagai “keluhan terakhir Raja

Moor”. Abu Abdullah pergi ke Afrika dan di sana

baginda dikatakan mangkat dalam pertempuran.

UMUM 

Kembali ke atas