Y ialah huruf ke-25 dalam abjad Inggeris. Y
berasal daripada satu simbol yang digunakan oleh
orang Semit, yang pernah tinggal di Syria dan
Palestin.
O’Connor, C. Y. (1843–1920) ialah jurutera yang
bertanggungjawab terhadap rancangan
membekalkan air bersih ke kawasan emas di
Australia Barat melalui saluran paip dari kawasan
tadahan dan empangan simpanan sejauh 557
kilometer. Dia mereka bentuk dan menyelia
pembinaan pelabuhan laut dalam yang selamat di
Fremantle. Dia juga memperbaik perkhidmatan
jalan kereta api.
Roxas y Acuña, Manuel (1892–1948),
berkhidmat sebagai presiden pertama Republik
Filipina setelah negara itu mencapai kemerdekaan
daripada Amerika Syarikat pada 4 Julai 1946.
filem-filem bisu. Pickford terkenal sebagai ‘Buah hati
Amerika’ kerana kepopularannya.
Dia terkenal sebagai watak heroin muda yang
berani dan suci. Pickford muncul pertama kali di
layar perak pada tahun 1909 dan muncul dalam 194
buah filem. Antara filemnya yang paling popular
ialah The Poor Little Rich Girl (1917) dan Rebecca
of Sunnybrook Farm (1917). Dia memenangi
anugerah pelakon wanita terbaik Academy
Award tahun 1928–1929 melalui lakonannya dalam
Coquette . Dia juga menerima Anugerah Khas
Academy Award pada tahun 1976 sebagai
pengiktirafan terhadap sumbangan seumur
hidupnya dalam dunia filem.
Pondicherr y (pend. 789 416) ialah wilayah
kesatuan di tenggara India. Untuk lokasi, lihat India
(peta politik).
Snowdon ialah gunung di Gwynedd, Wales.
Gunung ini mempunyai lima puncak, iaitu Yr
Wyddfa, Crib-y-Ddysgul, Crib Goch, Lliwedd dan
Yr Aran. Yr Wyddfa, dengan ketinggian 1085 meter
di atas aras laut, merupakan puncak tertinggi di
Wales dan England. Snowdon dikelilingi oleh
taman negara seluas 2190 kilometer persegi yang
dinamakan Snowdonia.
Thanks for clicking. That felt good.