MAJAZ, AL- | Majaz, al- dalam ilmu Balaghah bererti memaksudkan makna lain yang berlainan daripada makna asal yang sebenar. Perkataan al- Majaz dibentuk daripada akar kata bahasa Arab Jaza – Yajuzu yang bermakna melampaui. Apabila istilah al-Majaz digunakan terhadap perkataan, maka bermaksud melampaui makna yang telah disepakati oleh ahli bahasa terhadap satu perkataan. Ertinya makna perkataan itu melampaui makna yang sebenar (Metafora). | UMUM | |
RICHELIEU, CARDINAL | Richelieu, Cardinal (1585–1642), salah seorang negarawan Perancis yang sangat berkebolehan. Dia menjadi pemerintah Perancis yang sebenar lebih daripada 18 tahun dan memperkukuhkan pemerintahan beraja Perancis. | UMUM | |
TEOSOFI | Teosofi ialah satu sistem pemikiran falsafah dan agama. Teosofi berdasarkan kepada dakwaan wujudnya pemahaman mistik terhadap sifat Tuhan dan hukum dunia. Pengikut teosofi percaya bahawa pengetahuan yang sebenar berpunca daripada perhubungan terus antara jiwa dan kebenaran suci, dan bukannya melalui logik atau deria. | UMUM | |
REALISME | Realisme dalam seni lukis ialah usaha untuk memaparkan kehidupan yang sebenar. Bagi ahli realisme, fungsi utama pelukis adalah untuk menggambarkan apa yang diamati melalui deria, setepat dan sejujur yang mungkin. | UMUM | |
ARTICOK JERUSALEM | Articok Jerusalem ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari Amerika Utara, dan ditanam di Dunia Baru dan juga di Dunia Lama. Ia bukanlah jenis articok yang sebenar tetapi daripada kumpulan bunga matahari. | UMUM | |
DAMROSCH | Damrosch ialah nama keluarga bagi seorang bapa dan anaknya yang menghabiskan usia mereka untuk memperkenalkan orang Amerika kepada muzik yang sebenar. Mereka berasal daripada keluarga yang berbakat dalam muzik Jerman. | UMUM | |
KEBATINAN | Kebatinan ialah fahaman serta amalan yang menyeleweng daripada ajaran agama Islam yang sebenar. | AGAMA | Konsep |
PHAËTHON | Phaëthon dalam mitologi Yunani, ialah putera Helios dewa matahari, dan Clymene, dewi laut. Untuk mengetahui sama ada Helios adalah bapanya yang sebenar, Phaëthon mengembara ke istana dewa matahari di timur. Di sana, untuk menenangkan Phaëthon, Helios berjanji akan menunaikan sebarang permintaannya. Phaëthon, secara terburu-buru, meminta untuk memandu rata matahari merentasi langit untuk satu hari. Helios, dengan hati yang berat, membenarkannya, tetapi Phaëthon, sebagai makhluk biasa, tidak berupaya mengawal kuda berapi yang menarik rata tersebut. | UMUM | |
OATES, JOYCE CARO L | Oates, Joyce Carol (1938– ) ialah pengarang Amerika. Dia menyelitkan dalam kebanyakan novel dan cerpennya kualiti yang mengerikan dengan memberi penekanan terhadap seks dan keganasan. Walau bagaimanapun, subjeknya yang sebenar ialah masyarakat dan kegilaan yang ditimbulkan. Oates telah menulis lebih daripada 30 buah buku. Beberapa orang pengkritik mengatakan bahawa dia boleh mengaut keuntungan dengan memperbaiki karya fiksyennya, tetapi kebanyakan pengkritik bersetuju bahawa gambaran imaginasinya tentang masyarakat moden adalah tepat. | UMUM | |
NAMA PENA | Nama pena ialah nama yang digunakan oleh pengarang sebagai ganti namanya yang sebenar. Nama pena juga dikenali sebagai nama samaran . Ribuan pengarang menggunakan nama pena. Kebanyakannya adalah novelis popular yang menggunakan lebih daripada satu nama pena untuk mengelakkan pasaran dibanjiri dengan karya yang diterbitkan atas nama yang sama. Penulis kadangkala menggunakan nama pena untuk menyembunyikan identiti mereka atas alasan perundangan, untuk melindungi peribadi mereka atau kerana mereka menangani karya yang bersifat sangat peribadi dan kontroversi. Pada tahun 1800- an, ramai penulis wanita menggunakan nama pena lelaki kerana wujudnya diskriminasi seks terhadap penulis wanita. | UMUM | |