Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ya.tim] | يتيم

Definisi : 1. anak yg kematian ibu atau bapanya; 2. = ~ piatu anak yg kematian kedua-dua ibu bapanya; keyatiman keadaan yatim (kematian ibu atau bapa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ya.tim] | يتيم

Definisi : , = anak ~ 1 anak yg kematian bapa. 2 = anak ~ piatu anak yg kematian ibu dan bapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yatim

Puisi
 

Daun pandan mati layu,
     Boleh ganti bunga kelapa;
Abang kata yatim piatu,
     Boleh cari ibu dan bapa.


Lihat selanjutnya...(6)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HIKAYAT ISMA YATIM SASTERAKarya
WILDAN YATIMWILDAN YATIM (1933-    ), penulis Indonesia.  Nama penuhnya ialah Wildan Yatim Lubis. Dia lahir pada  11 Julai 1933 di Padangsidempuan, sumatera Utara, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di Ibtidaiyah Muhammadiyah (1946); Sekolah Dasar di Ujunggading, Sumatera Barat (1948); Sekolah Menengah Pertama di Lubuksikaping, Sumatera Barat (1951); Sekolah Menengah Atas di Jakarta (1954) dan Jurusan Biologi Institut Teknologi Bandung (1961).  Pada tahun 1988, dia mendapat gelaran Doktor dari Universitas Padjadjaran, Bandung.SASTERATokoh
SYAIR YATIM NESTAPA

SYAIR YATIM NESTAPA, puisi Melayu tradisional. Terdapat tiga naskhah syair ini iaitu satu di Jakarta dan dua di Leiden.  Naskhah di Jakarta (v.d. W. 253) sudah diterbitkan oleh Klinkert dalam Drive Maliesche Gedichten (Tiga Syair-syair Melayu) dari halaman 153 hingga 269 pada tahun 1886. Naskhah ini juga pernah dicap batu, antaranya oleh Matba’ Muhammadi yang dimiliki oleh Ali Bahai dan Sulaiman Marie di Singapura. Syair ini juga pernah menjadi tesis latihan ilmiah Mohd. Hashim Taib d Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1966.

SASTERAKonsep
RUMAH ANAK-ANAK YATIM

Rumah anak-anak yatim adalah institusi yang

mengambil berat tentang kanak-kanak yang tiada

tempat berteduh.

UMUMUmum
SISTERS OF CHARITY

Sisters of Charity ialah anggota wanita

beberapa komuniti agama Roman Katolik. Mereka

mengabadikan diri membantu orang miskin, orang

sakit, orang tua, dan anak yatim.

UMUM 
ADAMSON, JOY

Adamson, Joy (1910–1980), pengarah dan pelukis,

yang menjadi termasyhur kerana bukunya Born

Free: A Lioness of Two Worlds (1960). Buku ini

menceritakan bagaimana Adamson dan suaminya

memelihara Elsa, anak singa yatim piatu, semasa

mereka tinggal dan bertugas di Kenya, Afrika Timur.

Pasangan Adamsons melatih Elsa memburu

haiwan-haiwan lain untuk makanan supaya ia

akhirnya dapat mencari makan sendiri dalam hutan.

UMUM 
ABU HURAYRAH

Abu Hurayrah (21 S.H.–59 H./602 M.–679 M.),

salah seorang sahabat yang setia dan keturunannya

berasal daripada kabilah al-Azd. Nama penuhnya

ialah ‘Abd al-Rahman ibn Shakr al-Dawsiy. Dia

dibesarkan dalam keadaan yatim pada zaman Jahiliah.

Yang pasti, dia memeluk Islam melalui al-Tufayl ibn

‘Amru al-Dawsiy yang datang menemui Rasulullah

SAW. Sebelum Hijrah, Abu Hurayrah r.a. bersama-sama

kaum kerabatnya yang memeluk Islam tidak

bergabung dengan Rasulullah SAW melainkan

setelah tamat pembukaan Khaybar. Abu Hurayrah

datang dengan 80 orang kabilah Daws yang

memeluk Islam. Kebetulan kedatangan mereka

ketika orang Muhajirin baru kembali dari Habsyah,

yang diketuai oleh Ja’far ibn Abi Talib r.a. Rasulullah

SAW meraikan mereka dengan memberikan

sebahagian harta rampasan Khaybar. Abu Hurayrah

sentiasa mendampingi Rasulullah SAW dan menjadi

ketua ahli al-Suffah di Masjid Nabawi.

UMUM 
‘ABD AL-RAHMAN AL-DAKHIL‘Abd al-Rahman al-Dakhil (113 H.-172 H./731M.-

788M.) terkenal dengan gelaran saor quraysh;

dan dikenali pula dengan al-Dakhil kerana

kemasukannya ke Andalus dan seterusnya

mengasaskan Kerajaan Umayyah di sana. Nama

penuhnya ialah ‘Abd al-Rahman ibn Mu’awiyah ibn

Hisham ibn ‘Abd al-Malik ibn Marwan. Dia lahir di

Damsyik dan membesar dalam keadaan yatim. Dia

telah berjaya melepaskan diri daripada ancaman

golongan Abbasiyyah sewaktu mereka merampas

kuasa Kerajaan Umayyah di Syam. Kebanyakan

orang Umawiyyah telah dibunuh. ‘Abd al-Rahman

bersembunyi dan berjaya menyusup keluar

hinggalah dia tiba di Maghribi. Di sana, dia bertemu

pula dengan hambanya Badar dan mendapat biaya

sara hidup daripada saudara perempuannya Ummu

al-Isba. Dia menumpang di rumah bapa saudaranya

daripada Kabilah Tafzawah yang berbangsa Tartar.

Ibunya berasal dari suku kaum ini.

Di sini dia telah menghubungi golongan

Umawiyyah di Andalus dengan menghantar Badar

sebagai utusannya. Lantas dikirimkan satu pasukan

yang terdiri daripada para pembesar Umawiyyah

dan mereka memberi sumpah setia kepada ‘Abd al-

Rahman.

UMUM 
NASIR, AL-UMAWIY AL-

Nasir, al-Umawiy al- (277–350 H./890–961 M.)

ialah orang pertama memakai gelaran “ khalifah ” di

kalangan pemerintah kerajaan Umawiyyah di

Andalus. Nama sebenarnya ialah ‘Abd al-Rahman

ibn Muhammad ibn ‘Abdullah ibn Muhammad ibn

‘Abd al-Rahman ibn al-Hakam al-Rabdiy ibn Hisham

ibn ‘Abd al-Rahman al-Dakhil. Dia lahir dan

meninggal dunia di Cordova. Dia membesar dalam

keadaan yatim di bawah jagaan datuknya.

UMUM 
TERESA, MOTHER

Teresa, Mother (1910–1997), ialah biarawati

Roman Katolik yang menerima Hadiah Nobel

Keamanan pada tahun 1979 kerana jasanya kepada

orang miskin. Dia terkenal dengan gelaran Saint of

the Gutters . Pada tahun 1950, Mother Teresa

mengasaskan pertubuhan agama di Calcutta, India.

Pertubuhan ini dikenal sebagai “Missionaries of

Charity”. Pertubuhan agama ini memberikan

bantuan makanan kepada pihak yang memerlukan

dan membuka hospital, sekolah, rumah anak yatim,

pusat belia dan tempat tinggal kepada pesakit

kusta dan orang yang hidup melarat. Cawangan

pertubuhan ini terdapat sekurang-kurangnya di 50

buah bandar di India dan lebih kurang 30 buah

cawangan di negara lain.

UMUM 
12

Kembali ke atas