| YO-YO | Yo-yo, sejenis alat permainan kecil yang terkenal di Eropah dan Amerika Syarikat sejak tahun 1930-an. Yo-yo terdiri daripada dua keping plastik atau kayu berbentuk bulat yang dilekatkan di tengah-tengahnya oleh sebuah pasak kecil. | UMUM | |
| MALAYU | MALAYU, kerajaan tua yang pernah wujud di pesisir Sumatera Timur sekitar abad ke-7 M. Dalam catatan I-Tsing, pendeta Buddha China, ‘Malayu’ dikenal sebagai Mo-lo-yo. Sejarah Baru Dinasti Tang mencatatkan bahawa kerajaan Malayu pernah menghantar perwakilan ke istana Dinasti Tang pada sekitar tahun 645 M. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |