GEDOMBAK | GEDOMBAK, gendang kecil satu muka dan berbentuk labu air. Gedombak digunakan dalam persembahan wayang kulit Siam, mak yong dan menora di Kedah, Kelantan dan selatan Thailand. | BUDAYA | Alat/Alatan |
CERITA SULUNG JAWA | Cerita Sulung Jawa, tergolong dalam cerita lipur lara. Cerita Sulung Jawa telah dituturkan oleh Bahtin bin Abdul Razak dari Kampung Tembo Yong, Mukim Kedawang, Langkawi, Kedah dan dirakamkan oleh Hassan Ahmad dan Jazamuddin Baharuddin pada 23 dan 24 Mac 1965. | SASTERA | Karya |
SUPP | SUPP, parti politik yang pertama ditubuhkan di Sarawak. SUPP ialah singkatan Sarawak United People’s Party. Parti ini ditubuhkan oleh orang Cina pada 12 Jun 1959, bagi menjaga kepentingan komuniti Cina. Parti ini dipimpin oleh Ong Kee Hui dan Stephen Yong. Penubuhan parti ini adalah hasil daripada kegiatan politik orang Cina dan dasar British sendiri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |