| YU RIMAU | Yu rimau mendapat namanya daripada jalur berwarna gelap yang ketara di belakang dan sisinya. Warna keseluruhan ikan ini adalah kelabu kebiruan. | UMUM | |
| HAN YU | Han Yu (768 M-824 M), sasterawan yang terkenal pada zaman Dinasti Tang (618 M-907 M). | SASTERA | Tokoh |
| CAO YU | Cao Yu (1910-1996), penulis drama moden di China. Nama sebenarnya ialah Wan Jiabao. Beliau lahir di Tianjing, China dalam keluarga yang agak kaya. | BUDAYA | Tokoh |
| MAHMUD ZINKIY | Mahmud Zinkiy (511 H.–569 H./ 1118 M.–1174 M.) ialah pemerintah di Syria. Nama penuhnya ialah al- ‘Adil Nur al-Din Mahmud ibn Zinkiy ibn al-Atabik ‘Imad al-Din Zinkiy ibn Qasim, al-Dawlah Aq Sanqar al-Turki daripada Bani Saljuk. Dia digelar dengan nama “al-Malik al-‘Adil” (Raja yang Adil). Mahmud Zinkiy lahir di Halab dari Kabilah al-Sab Yu al- Turkmaniah. Datuknya Aq Sanqar hamba sultan Saljuk Malikisyah ibn Alb Arsalan. Dia mendapat kepercayaan daripada sultan dan dilantik menjadi gabenor di beberapa buah kerajaannya di utara Iraq. Dia digantikan oleh anaknya bernama ‘Imad al-Din Zinkiy, bapa kepada Mahmud al-Zinkiy. | UMUM | |
| PERIKANAN LAUT | PERIKANAN LAUT, aktiviti menangkap ikan di pesisiran pantai dan di laut dalam. Umumnya, perikanan laut menggunakan alat menangkap ikan seperti pancing, rawai, bubu, kelong, belat dan pukat. Anak ikan atau sotong digunakan sebagai umpan untuk pancing dan rawai. Antara ikan yang ditangkap termasuklah kurau, yu, talang, jenahak, alu-alu, pari, landuk, tenggiri, gerpoh dan senangin. Biasanya hasil tangkapan ini adalah untuk kegunaan sendiri atau dijual. | BUDAYA | Konsep |