MA YUAN | Ma Yuan ialah pelukis yang terkenal daripada ahli keluarga pelukis Cina yang dihormati. Bersama-sama rakan pelukisnya, Xia Gui (juga dieja dengan Hsia Kuei), Ma Yuan telah menghasilkan sebahagian daripada lukisan landskap dengan menggunakan dakwat terkenal pada awal tahun 1200-an pada Zaman Song (Sung) Selatan di China. | UMUM | |
LI YUAN | Li Yuan (566–635 S.M.), maharaja China yang mengasaskan Dinasti Tang (618–907 S.M.). Ahli sejarah menganggap dinasti ini sebagai salah satu zaman yang teragung dalam sejarah China. Li Yuan memerintah dari tahun 618 S.M. hingga tahun 627 S.M. Baginda memperkuatkan kawalan Tang terhadap bahagian tengah dan selatan negara China yang memberontak dan mengalahkan serangan tentera Turki dari utara. | UMUM | |
QU YUAN | Qu Yuan (340?–278? S.M.) ialah pemuisi agung serta patriotik pada zaman purba di China. Sajaknya tersebar luas di dunia pada pertengahan tahun 1900-an. | UMUM | |
DINASTI YUAN | Dinasti Yuan lihat China (Pemerintahan Mongol, peta). | UMUM | |
SHI NAIAN | Novelis terkenal zaman dinasti Yuan. | SASTERA | Tokoh |
YANYI | Fiksyen yang wujud pada akhir zaman dinasti Yuan. | SASTERA | Karya |
KUBLAI KHAN | Kublai Khan (1216–1294), cucu lelaki Genghis Khan, pengasas dinasti Mongol, atau Yuan, yang memerintah China dari tahun 1279 hingga tahun 1368. Kublai ialah anak Tolui, dan saudara kepada Khan-Agung keempat, iaitu Mangu. | UMUM | |
GUAN HANQING | Guan Hanqing (1241-1320), pengasas zaju, iaitu drama yang menyelitkan unsur nyanyian pada zaman Dinasti Yuan (1271-1368) | SASTERA | Tokoh |
MA ZHIYUAN | Ma Zhiyuan (1270-1330), pujangga Yuanqu yang terkenal pada zaman Dinasti Yuan (1279-1368). | SASTERA | Tokoh |
HUABEN | Huaben ialah skrip cerita pendek yang wujud pada zaman Dinasti Song, Dinasti Yuan dan Dinasti Ming. | SASTERA | Karya |