RAHMAN HAJI YUSOF | RAHMAN HAJI YUSOF (1940- ), penulis. Dia lahir pada 8 September 1940 di Kampung Kuala Bera, Temerloh, Pahang. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Haji Yusof. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Bera pada tahun 1947. | SASTERA | Tokoh |
ABDUL KADIR YUSOF, TAN SRI | ABDUL KADIR YUSOF, Tan Sri (1918-1992), Peguam Negara (1964-1969). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
AHMAD RAZALI HAJI YUSOF | AHMAD RAZALI HAJI YUSOF (1936- ), penyair. Dia lahir pada 29 April 1936 di Kampung Bukit Kapar, Kelang, Selangor. | SASTERA | Konsep |
MOHD. YUSOF HASAN | MOHD. YUSOF HASAN (1940- ), sarjana kesusasteraan Melayu. Dia lahir pada 20 Januari 1940 di Jitra, Kedah. Mohd. Yusof mendapat pendidikan di Sekolah St. Micheal (swasta), Alor Setar (1951-1956). Dia kemudian lulus Certificate of Education pada tahun 1960. Kemudian dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Kuala Lumpur hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) pada tahun 1969. Dia memperoleh Diploma of Education di Universiti yang sama pada tahun 1970. Pada tahun 1976, Mohd. Yusof lulus ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kemudian dia ke Australian National University, Canberra, Australia untuk melanjutkan pelajaran sehingga memperoleh ijazah Doktor Falsafah pada tahun 1986. | SASTERA | Tokoh |
MOHAMMED YUSOF ABU BAKAR | MOHAMMED YUSOF ABU BAKAR (1930- ), penulis khat. Dia lahir pada 14 Oktober 1930 di Bachok, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tawang (1939) dan Sekolah Melayu Bachok (1941). Kemudiannya dia menyambung pelajarannya di Madrasah al-Muhammadiyah al-‘Arabiyah di Kota Bharu (1942-1949). Dia juga mendapat Sijil Perguruan di al-Maahad al-‘ilmi al-Su’udi, Makkah (1954). Di samping itu, dia mengikuti pelajaran agama dan bahasa Arab di Masjidilharam. Pada tahun 1956, dia ke Mesir dan melanjutkan pelajaran dalam bidang Sastera, di Universiti Kaherah. Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Arab pada tahun 1961. | BUDAYA | Tokoh |
AHMAD KHALID YUSOF | AHMAD KHALID YUSOF (1934-1996), pelukis. Dia lahir di Kuala Lumpur. Dia mendapat pendidikan awal di Victoria Institution (1951-1955) dan kemudian melanjutkan pelajarannya di Malayan Teachers Training College, Kirkby, England (1956-1958). Dari tahun 1965 hingga tahun 1969, Ahmad Khlid menuntut di Winchester School of Art di England dan memperoleh Diploma in Art and Design. Dia menerima ijazah Sarjana Seni Cetak dan Pendidikan seni daripada Ohio University, Amerika Syarikat (1978). | BUDAYA | Konsep |
MAT SALLEH YUSOF | MAT SALLEH YUSOF ( ? - ? ), pemimpin tempatan yang terlibat dalam gerakan tani menentang British. Dia ialah Penghulu Kampung Pasir Nyior, Kuala Berang, Terengganu. Dia terlibat dalam gerakan menentang peraturan baharu yang diperkenalkan oleh British yang campur tangan dalam pentadbiran Terengganu. Pada 22 April 1928, lebih kurang 400 orang yang bersenjatakan keris, lembing, tombak dan senapang berkumpul di halaman rumah Mat Salleh. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
NGAH MUHAMMAD YUSOF | NGAH MUHAMMAD YUSOF, Dato’ Seri Amar Diraja (1878 – 1940), Menteri Besar Terengganu (1924 – 1940) Dia lahir pada 14 Disember 1878 di Kampung Tualang Manir, Terengganu. Dia mendapat pendidikan awal di Makkah selama tiga tahun. Dia menuntut ilmu agama daripada ramai guru, termasuklah Haji Muhammad Abdullah, Mufti Terenggnu, Syed Abdul Rahman al-Idrus (Tuk Ku Paloh), dan Che Yunus, yang membimbingnya dalam bidang pentadbiran. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
AQIDAT AL-NAJIN | Kitab usuluddin. Naskhah aslinya yang berjudul Umm al_Barahin dikarang oleh Muhammad Yusof al-Sanusi (1490). Aqidat al-Najin bermakna Akidah Orang-orang yang Berjaya. Naskhah ini merupakan naskhah asli usuluddin yang amat popular. Kitab ini menjadi panduan akidah penting terutama bagi pengikut aliran Asy’ari dan kerap dibicarakan sama ada dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu. | SASTERA | Kitab |
MENCARI ISTERI | MENCARI ISTERI, novel karya Muhammad Yusof Ahmad | SASTERA | Penerbitan |